“Kasihannya kena tanggung tiga orang anak tiri” - Issey kesal netizen beri komen sindiran di laman sosial isteri - Hiburan | mStar

“Kasihannya kena tanggung tiga orang anak tiri” - Issey kesal netizen beri komen sindiran di laman sosial isteri

Issey mendedahkan seorang individu membuat serangan dengan meninggalkan komen berbaur sindiran di Instagram milik isterinya.

MESKIPUN belum sebulan penyampai radio Suria FM Issey bergelar suami kepada seorang ibu tunggal, sudah ada individu yang tidak berpuas hati dengan melontar komen berbaur sindiran terhadap isterinya, Noor Aimi Jamel, 32.

Menerusi ruangan komen di Instagram milik Aimi, seorang individu yang menggunakan akaun palsu menyifatkan Issey seorang yang bernasib malang apabila terpaksa menanggung tiga orang anak tirinya itu.

ARTIKEL BERKAIAN: Issey ‘off market’, selamat akhiri zaman duda dengan ibu tunggal anak tiga

ARTIKEL BERKAITAN: Issey tamatkan zaman duda, pilih ibu tunggal anak tiga sebagai isteri - “Kami kenal sejak sekolah”

"Kasihannya Issey kena tanggung tiga orang anak tiri," tulisnya.

Komen berbaur sindiran yang ditinggalkan seorang individu di laman Instagram milik isterinya.

Komen itu menarik perhatian Issey yang beranggapan dia berasa bahagia apabila dikurnia tiga orang anak tiri dan menyifatkan mereka sebagai amanah dari Allah.

"Lagi happy adalah sis. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ya?

"Ni komen dekat Instagram isteri Issey. Biarlah orang nak kata apa Aimi... Janji you tetap my Stephen Chow.

"Sebenarnya saya dan isteri okay... saja nak kongsi jenis-jenis pemikiran manusia. Kita doakan dia berubah sajalah," katanya.

Sementara itu, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti seperti Nadzmi Adhwa, Noorkhiriah, Feeya Iskandar dan Izzue Islam dilihat memberi semangat buat Issey terus menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik.

Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ya?

ISSEY

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Jangan hiraukan mereka Sey! Jumpa depan-depan tak berani pula kata macam tu!

"Orang yang membesarkan anak yatim itu pahalanya besar dimata Allah. Ia menjadi manusia mulia, jangan dengarkan apa kata orang.

"Orang komen macam tu pengecut! Dah la pakai Instagram fake tak ada gambar!" tulis mereka.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, bergelar suami kepada Noor Aini yang merupakan seorang ibu tunggal anak tiga dengan sekali lafaz pada sebuah majlis yang meriah di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Disember tahun lalu.

Dalam majlis itu, Issey menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran.

Issey , Suria FM

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain