Buang gelaran Da’i, kini hanya Farhan Mutawwif, padam foto bersama bekas isteri - Hiburan | mStar

Buang gelaran Da’i, kini hanya Farhan Mutawwif, padam foto bersama bekas isteri

Ustaz selebriti, Nik Farhan yang sebelum ini menggunakan nama Da'i Farhan kini menukar nama kepada Farhan mutawwif.

SELEPAS pelbagai cemuhan yang diterima susulan kontroversi rumah tangga juara musim kedua program Da’i, Nik Farhan akhirnya bertindak menukar nama Instagram miliknya.

Nik Farhan yang sebelum ini menggunakan nama Da’i Farhan telah menukar nama akaun Instagram kepada Farhan Mutawwif pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar Undang-Undang Keluarga Islam, rakan baik bekas isteri Dai Farhan buat aduan kepada Jais - “Tindakan dia cemar agama Islam”

ARTIKEL BERKAITAN: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan

Selain itu pada profil akaun tersebut, dia turut meletakkan nama sebagai Nik Farhan, penceramah Haji dan Umrah serta suami kepada @drholisw.

Akaun tersebut sehingga kini sudah mendapat lebih 111,000 pengikut.

Nik Farhan menukar nama Instagram selain turut memadam gambar bersama bekas isteri.

Malah, mengikut tinjauan mStar, Nik Farhan sudah membuang semua foto-foto lama bersama bekas isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Nik Farhan berhubung perkara itu gagal apabila ustaz selebriti itu enggan memberikan sebarang respons kepada media.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan dengan pendedahan Nik Farhan menikahi seorang janda anak lapan, Noorainul Naqim Mohd Radzi di Makkah.

Bagaimanapun, muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki atau nama sebenarnya Nafsarah Maliki yang membongkarkan perkahwinan itu sebenarnya dibuat secara sembunyi tanpa kebenaran isteri dan mahkamah.

Kontroversi rumah tangga Nik Farhan turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berdasarkan salah satu laporan mStar sebelum ini, Nik Farhan berkata, tuduhan berkahwin secara sembunyi itu tidak betul sebaliknya dia sudah memaklumkan kepada bekas isteri pertama dan keluarganya.

Pendakwah ini juga berkata, selama ini sudah 18 wanita mengajaknya untuk berkahwin namun wanita ke 19 iaitu Dr Aireen berjaya membuat hatinya terbuka dan menerima hasrat itu.

Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 1 tahun 4 bulan, sementara wanita ini sedang hamil 8 bulan.

Dai Farhan , Farhan mutawwif

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain