“Kali ini rasa sakit beranak macam betul-betul hujung nyawa” - Baru masuk 14 hari berpantang, Aeril minta tambah anak lelaki

Wawa mendedahkan suaminya Aeril ada meluahkan hasrat untuk tambah anak.

MEMASUKI hari ke 14 berpantang, pelakon Wawa Zainal mendedahkan suaminya iaitu Aeril Zafrel ada meluahkan hasrat untuk memiliki seorang lagi anak.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 28, suaminya itu memberitahu ingin memiliki seorang lagi anak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Wawa Zainal, Aeril Zafrel timang cahaya mata ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami dah capai, tiba masa kongsi rezeki” - Tiga tahun bina nama, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini jutawan kosmetik

"Tak sangka dah ada tiga orang anak. Aeril request dia nak tambah satu lagi anak lelaki," katanya.

Perkongsian yang dimuat naik Wawa ke laman Instagram miliknya.

Wawa berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Wawa turut memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan wajah anak ketiganya, Aya Soffya.

Bagaimanapun, Wawa yang kini merupakan usahawan yang berjaya berkata, dia mengalami kesakitan yang melampau berbanding dua kelahiran sebelum ini.

Kata Wawa, pengalaman melahirkan anak ketiganya itu paling tidak boleh dilupakan sepanjang hidupnya.

"Tapi bila ingat balik kesakitan nak beranak tu ya Allah... kali ni beranak paling tak boleh lupa.

"Rasa sakit dia macam betul-betul hujung nyawa.

Tapi bila ingat balik kesakitan nak beranak tu ya Allah... kali ni beranak paling tak boleh lupa.

WAWA ZAINAL

Pelakon

"Tapi bila si kecil ni dah keluar, rasa lega," ujarnya.

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menimang cahaya mata ketiga selepas aktres itu selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-kanak, Shah Alam pada 1 Disember lalu.

Wawa sebelum ini mengumumkan nama anak ketiganya itu adalah Aya Soffya dan dipilih bersempena nama sebuah masjid di Turki.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan turut dikurniakan ua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Wawa Zainal, Aeril Zafrel

Artikel Berkaitan

Artikel Lain