“Barrack Obama, Tom Cruise, Keanu Reeves dah kena...” - Aqasha minta artis berhati-hati agar tidak jadi mangsa 'deepfake' seterusnya - Hiburan | mStar

“Barrack Obama, Tom Cruise, Keanu Reeves dah kena...” - Aqasha minta artis berhati-hati agar tidak jadi mangsa 'deepfake' seterusnya

Aqasha menasihati selebriti Malaysia untuk lebih berhati-hati.

PELAKON dan penyanyi Aqasha terpanggil untuk mengulas isu mengenai artis yang menjadi mangsa pemalsuan imej atau deepfake.

Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli, 37, berkata, selebriti seharusnya lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja mereka berurusan kerana berkemungkinan individu berkenaan mempunyai niat buruk untuk menjatuhkan seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Video lucah mirip pelakon ‘sado’ Zul Ariffin tersebar, akaun Instagram pula ditutup?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan benda macam ni orang buat pada ahli politik saja” - Zul Ariffin perjelas isu video lucah, jadi mangsa 'deepfake'

"Saya buat video ini kerana berasa terpanggil dengan satu isu yang mana saya rasa semua orang tahu mengenai kemajuan teknologi ini. Only when you got deepfaked you're in deeps**T.

"Saya cuma berharap rakan-rakan selebriti di Malaysia akan lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja kita berkomunikasi.

Posting yang dimuat naik Aqasha ke laman Instagram miliknya.

"Kita tak boleh nak baca fikiran orang dan kita tak boleh nak tahu apa niat mereka. Saya mengharapkan kita semua di bawah lindungan rahmat dan dijaga oleh Allah,"ujarnya.

Aqasha mengulas mengenai perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Khamis.

Aqasha turut berkongsi beberapa nama besar selebriti Hollywood yang turut menjadi mangsa teknologi berkenaan.

Dalam pada itu, aktor berkenaan turut meminta orang ramai untuk tidak cepat menilai atau membuat andaian ke atas isu yang belum dipastikan kesahihannya.

"Dekat Amerika Syarikat dah popular dengan teknologi baru yang dipanggil deeps**t.

"Dah ramai yang buat antara mangsanya Barrack Obama, Tom Cruise, Keanu Reeves dan ramai lagi selebriti Hollywood yang lain.

Saya cuma berharap rakan-rakan selebriti di Malaysia akan lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja kita berkomunikasi.

AQASHA

Pelakon

"Cuma, saya minta jangan cepat buat kesimpulan... saya tengok ramai yang membuat andaian itu dan ini dimana saya rasa perkara sebegini tak patut," katanya.

Terdahulu, kecoh apabila sebuah rakaman video 'panas' mirip pelakon terkenal, Zul Ariffin tersebar luas di media sosial.

Individu di dalam video itu dilihat seperti berada di sebuah bilik hotel seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.

Beberapa jam selepas penyebaran video berkenaan, aktor drama Setelah Ku Dimiliki itu bertindak menutup akaun Instagram peribadi miliknya.

Enggan mendiamkan diri, Zul Ariffin tampil menjelaskan bahawa dirinya telah menjadi mangsa pemalsuan imej (deepfake) buat kali kedua.

Zul Ariffin , deepfake , Aqasha

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini