“Rakam tanpa kebenaran, tulis kapsyen suka hati!” - Sharifah Amani kesal video terkejut dijadikan 'meme' warganet - Hiburan | mStar

“Rakam tanpa kebenaran, tulis kapsyen suka hati!” - Sharifah Amani kesal video terkejut dijadikan 'meme' warganet

Sharifah Amani kesal terhadap individu yang merakam video reaksinya tanpa kebenaran.

PELAKON filem Sepet, Sharifah Amani meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang merakam dan memuat naik videonya tanpa kebenaran di laman sosial.

Amani berkata, video yang memaparkan gelagat dan reaksinya dirakam tanpa kebenaran kemudian dijadikan meme atau bahan gurauan di laman sosial adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada akaun palsu untuk kutuk orang” - Sharifah Amani lantang bersuara kerana jadi diri sendiri

"Terdapat sebuah video menunjukkan reaksi saya terkejut tersebar luas di Twitter dan video tersebut diambil secara senyap tanpa kebenaran saya. Saya terfikir, perkara sebegini dianggap sesuatu yang biasa (okay).

"Mengambil atau merakam gambar tanpa kebenaran dan meletakkan apa sahaja kapsyen yang anda suka kemudian letak di media sosial. Sangat terkilan," tulis pelakon berusia 33 tahun ini.

Posting yang dimuat naik oleh dua individu yang tidak bertanggungjawab.

Amani meluahkan rasa kesal berhubung perkara tersebut di akaun Twitter miliknya pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu posting yang memaparkan reaksi terkejut anak kedua pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar itu berada di hadapan sebuah kedai yang dimuat naik oleh seorang lelaki di Twitter pada Rabu dengan kapsyen jenaka, 'Saya (reaksi) bila ternampak video Zul Ariffin'.

Tetapi, paparazi palsu seperti ini sangat mengecewakan. Apa yang mereka nak buat dengan banyak-banyak ulang kicau (retweet). Kesian

SHARIFAH AMANI

PELAKON

"Saya sangat okay untuk berjumpa dengan orang yang memang ikhlas menyukai hasil kerja saya dan mahu mengambil gambar atau merakam momen ketika bercakap dengan saya.

"Tetapi, paparazi palsu seperti ini sangat mengecewakan. Apa yang mereka nak buat dengan banyak-banyak ulang kicau (retweet). Kesian," luahnya lagi.

Malah posting tersebut bagaimanapun mendapat respons positif daripada pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pendapatnya selain mengkritik tindakan individu berkenaan.

"Hari ini meme, mungkin esok deepfake. Tunggu...#welcometothescaryfuture," komen seorang netizen dengan meletakkan tanda pagar 'Selamat datang ke masa depan yang lebih menakutkan'.

Sharifah Amani , kesal , video

Artikel Sebelum

Farid Kamil dibenar tangguh hukuman penjara

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain