Kekecewaan peminat bakar semangat Khai Bahar, akui gagal ke AJL34 kerana persembahan kurang memuaskan - Hiburan | mStar

Kekecewaan peminat bakar semangat Khai Bahar, akui gagal ke AJL34 kerana persembahan kurang memuaskan

Khai Bahar anggap dia tiada rezeki untuk mara ke pentas AJL34.

PENYANYI Khai Bahar menganggap kegagalan untuk mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang bakal berlangsung pada Februari depan berpunca dari kelemahannya sendiri.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, dia juga enggan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya percaya dengan kreadibiliti dan menghormati keputusan yang telah dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Khai kecewa gosip kahwin Fikry dan Siti Nordiana - “Saya kenal mereka dah lama”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana tahu, bila rapat lama-lama bercinta” - Khai tak tolak jika jodoh dengan Siti Nordiana

"Jika difikir secara positifnya mungkin ada hikmah saya tak dapat. Saya tak ada pun perasaan kecewa atau sedih kerana yang bertanding malam itu sangat ramai dan yang tak dapat bukan saya seorang.

"Selain itu ia buat saya nampak yang mungkin kesilapan itu datang dari saya sendiri. Persembahan pada malam itu mungkin kurang sebab nervous itu ada tapi saya dah cuba yang terbaik.

Khai bergambar kenangan bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

"Saya anggap mungkin tiada rezeki untuk ke pentas AJL tahun ini... apapun saya tak akan mengalah. Insyallah akan cuba lagi tahun depan," ujarnya kepada mStar.

Khai ditemui ketika majlis pelancaran lagu dan muzik video Ratuku sebagai mempromosikan dana wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menariknya, majlis pelancaran itu turut disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Dalam pada itu, Khai berkata, meskipun ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa, perkara itu menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus melakukan yang lebih baik.

"Sebenarnya bila ramai yang kecewa itulah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjuang dan buat lebih baik akan datang.

Kita kena percaya pada juri dan saya tak pernah menyalahkan juri kerana mereka lebih arif dalam bidang ini.

KHAI BAHAR

PENYANYI

"Setakat ini feedback yang saya dapat mengenai lagu itu berbeza-beza. Kalau dari peminat, mereka yakin lagu ini layak untuk ke AJL.

"Tapi kalau feedback dari orang luar pula mereka katakan lagu ini tak cukup strong berbanding lagu-lagu yang berjaya mara ke AJL. Kita kena percaya pada juri dan saya tak pernah menyalahkan juri kerana mereka lebih arif dalam bidang ini," katanya.

Mengulas mengenai single terbaharunya itu, Khai berkata, lagu yang dihasilkan khas untuk MAIPs itu diharap dapat memberi kesedaran untuk membantu mereka yang mengalami sakit buah pinggang.

"Apa yang menariknya dalam video klip ini ialah saya menangis betul.

"Bagi saya lagu ini bukan sekadar untuk hiburan halwa telinga tetapi juga memberi peluang kepada semua peminat untuk menghayati mesej positif sekali gus dapat menyumbang kepada golongan memerlukan," katanya.

Khai Bahar , Ratuku

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT