suria

PU Abu, Aliff Aziz, Emma Maembong dan Ben Amir individu paling dicari tahun 2019 kerana pelbagai isu

Aliff Aziz (kiri), Emma Maembong dan PU Abu (kanan), 10 individu paling dicari bagi tahun 2019.

ENJIN carian Google mengeluarkan senarai 10 individu paling dicari bagi tahun 2019 yang mendapat perhatian netizen menerusi isu-isu tertentu.

Berdasarkan senarai itu, individu paling trending bagi tahun 2019 adalah artis dari Indonesia, Vanessa Angel yang ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel pada 5 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bijan dominasi carian Google Malaysia

Selain itu turut berada dalam senarai ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terkait dengan isu video lucah dengan pembantunya Haziq Aziz yang tersenarai individu paling dicari di tangga ke sembilan.

Manakala aktres Emma Maembong terkait isu buka hijab dan Aliff Aziz menerima perhatian berkaitan kontroversi curang dan perceraian dengan Bella Astillah sekitar Mei lalu.

Senarai 10 individu paling trending 2019.

Ben Amir pula meraih perhatian menerusi drama Sweet Dreams bersama Mira Filzah menduduki tangga ke enam dalam kategori individu paling dicari.

Manakala, PU Abu yang terpalit kontroversi ceraikan isterinya ketika hamil kerana berkahwin dengan seorang janda anak satu turut mengejutkan dunia hiburan sekitar April lalu.

Selain itu, turut tersenarai ialah Jung Joon Young, Seungri dan Jacqueline Wong.

Sementara itu, lagu nyanyian K-Clique bersama Alif berjudul Mimpi disenaraikan sebagai lagu tempatan paling popular di Malaysia di belakang lagu Senorita nyanyian Shawn Mendes dan Camilla Cabello.

Antara senarai lagu yang menerima carian paling banyak di Google.

Sehingga kini video muzik lagu Mimpi yang dimuatnaik di laman YouTube sejak April lalu telah mencecah lebih dari 14 juta tontonan.

Selain Mimpi, lagu lain yang turut tersenarai adalah Memories (Maroon 5), Kill This Love (Blackpink), A Whole New World (Zayn & Zhavia Ward), Someone You Loved (Lewis Capaldi), Cinta Luar Biasa ( Andmesh Kamaleng), Rare Words (Chen Ke Yu) dan Sumpah (Naim Daniel).

Bagi filem-filem blockbuster yang tersenarai dalam senarai filem paling trending untuk 2019 adalah filem berjudul Joker.

Ia muncul sebagai filem paling banyak dicari dalam kalangan penduduk Malaysia menewaskan Captain Marvel dan Avengers: Endgame.

Filem Joker menduduki carta tertinggi menewaskan Captain Marvel dan Avengers: Endgame.

Ia diikuti filem Alita Battle Angel, Shazam, Frozen, Aladdin, John Wick 3, Aquaman dan IT Chapter 2.

Dalam pada itu, bagi senarai topik berita paling trending bagi tahun ini adalah mengenai IPU dan Tanjung Piai.

Mengikut rapat dibelakangnya adalah topik berkaitan Belanjawan 2020, The Alley, Harga Minyak Petrol, Area 51, Christchurch, Hong Kong protes, Acap hilang dan Pasir Gudang.

Google Malaysia, trending

Artikel Lain