suria

Yakin keuntungan berlipat ganda, A. Aida labur jutaan ringgit buka kolej tawar kursus mutawwif dan barista - “Saya ingin beli jet peribadi”

Datuk A.Aida labur jutaan ringgit untuk sebuah kolej di Cyberjaya.

MELIHAT kejayaan rakan-rakan yang sudah memiliki jet peribadi selain beberapa buah rumah di seluruh dunia membuatkan penerbit Datuk A. Aida kembali melibatkan diri dalam bidang pendidikan kemahiran.

Menurut A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 48, dia melaburkan jutaan ringgit untuk menubuhkan sebuah kolej swasta di Cyberjaya bagi mengembangkan sayap perniagaan yang sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak cantik, siapa nak tengok drama? Jangan hipokritlah!” - A Aida turut sekat 500 pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih RM200,000 lesap... Polis rampas telefon bimbit, siasat bekas suami A Aida

"Apa yang membuatkan saya nak buka kolej adalah disebabkan ramai kawan-kawan saya yang buat bisnes ini hidup mereka berjaya. Mereka ada jet peribadi dan ada rumah di seluruh dunia.

"Saya teringin untuk memiliki jet peribadi dan sebelum ini pun saya dah pernah belajar bawa kapal terbang... InsyaAllah saya merancang nak ambil semula lesen.

A. Aida melaburkan jutaan ringgit bagi menceburkan diri dalam perniagaan pendidikan.

"Sebab itulah saya nak explore macam-macam bisnes... ramai yang tak tahu syarikat produksi itu hanya side business saja. Bisnes yang saya fokus sebenarnya adalah berkaitan hartanah dan beberapa bisnes lain," ujarnya kepada mStar.

Selain itu kata A. Aida, dia berasa terpanggil untuk membuka kolej Cyberjaya Skills International College (CYSIC) yang menawarkan latihan kemahiran.

Menariknya, ia dikatakan kolej pertama di Malaysia yang menawarkan kursus kemahiran mutawwif dan pembancuh kopi atau barista.

"Buat masa ini saya cuma sewa bangunan itu. Sewa sahaja sudah RM300,000 sebulan... sekarang saya dalam usaha nak beli bangunan berkenaan.

"Yang paling penting objektif saya buka kolej ini adalah nak membantu mereka yang mencari tempat belajar yang fokusnya lebih kepada praktikal dan kemahiran," katanya.

Ramai yang tak tahu syarikat produksi itu hanya side business saja. Bisnes yang saya fokus sebenarnya adalah berkaitan hartanah.

DATUK A. AIDA

PENERBIT

Kata A. Aida, biarpun pernah gagal dalam bisnes yang sama enam tahun lalu, dia yakin usahanya kali ini bakal membuahkan hasil memandangkan tiga rakan kongsinya berpengalaman dalam bidang berkenaan.

"Saya memang dah ada kolej sendiri enam tahun lepas, tetapi ketika itu rakan kongsi saya tak berapa fokus dengan perniagaan ini kerana mereka sibuk dengan kerjaya.

"Jadi ia tutup begitu saja. Tetapi kali ini saya yakin kerana tiga lagi share partner saya sangat berpengalaman dengan perniagaan ini," katanya.

Datuk A Aida, kolej

Artikel Lain