suria

“Biar dia membesar dengan cara sendiri” - Neelofa dedah punca Little Miss Khan tutup akaun Instagram

Ameera Khan membuat keputusan untuk berehat sementara dari menggunakan sosial media.

PELAKON dan pengacara terkenal, Neelofa mendedahkan adik perempuannya iaitu Ameera Khan atau dikenali dengan nama Instagram Little Miss Khan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada media sosial itu.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata, Ameera membuat keputusan itu selepas terkesan dengan komen-komen negatif di laman sosial berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN:  Imej Seksi Adik Neelofa Dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: "Tindakannya Belum Matang" - Neelofa

"Sebenarnya dia sedang berehat dari media sosial... biasalah, sebagai seorang remaja yang membesar, dia banyak menerima pelbagai persepsi.

"Dia juga selalu bandingkan kehidupannya dengan apa sahaja yang dilihatnya di Instagram. Jadi dia ada perasaan macam dia kurang bagus dan tak sempurna.

Neelofa meminta orang ramai untuk menghormati privasi Ameera Khan.

"Situasi itu slowly eating her dan dia ada beritahu yang dia mahu berehat seketika," ujarnya kepada mStar.

Selain itu, kata Neelofa, dia berasa berat hati sewaktu dimaklumkan adiknya itu ingin berehat dari menggunakan Instagram kerana banyak tawaran yang diterimanya.

Bagaimanapun, sebagai seorang kakak, dia menghormati apa sahaja keputusan adiknya itu. 

Malah, Neelofa turut meminta orang ramai memberikan ruang buat Ameera.

"Sejujurnya saya rasa sayang sebab masa dia buat keputusan untuk berehat dari sosial media, dia banyak dapat tawaran... ada brand-brand yang tanya dan mahu dia untuk show. Apapun, saya hormati keputusannya.

Buat masa ini tolong hormati privasi dia... berikan dia ruang dan peluang untuk membesar ikut cara sendiri agar tak terpengaruh dengan arus sosial media.

Neelofa

PENGACARA

"Sebagai kakak, saya setuju dengan keputusan Ameera... ia bagus untuk dia sebab dia masih remaja yang sedang membesar dan mencari identiti. Saya juga tak mahu perkara itu akan memberikan kesan kepada pemikirannya.

"Saya yakin dia akan kembali semula di media sosial tidak lama lagi. Buat masa ini tolong hormati privasi dia... berikan dia ruang dan peluang untuk membesar ikut cara sendiri agar tak terpengaruh dengan arus sosial media," ujarnya lagi.

Ameera sebelum ini pernah dikecam gara-gara tindakannya yang menggunakan bahasa kurang sopan bagi mempertahankan kakaknya itu.

Dia kemudiannya sekali lagi menerima kritikan selepas membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab malah sering menjadi perhatian netizen gara-gara memuat naik foto berpakaian seksi ketika bercuti di Itali.

Neelofa, Ameera Khan

Artikel Lain