suria

Ratu cantik Karambunai terima tawaran berlakon selepas tular wajah seiras Mira Filzah - “Saya mahu fokus pada kerjaya sekarang”

Nicole (kiri) dikatakan mempunyai wajah seiras Mira Filzah (kanan).

PENYANDANG gelaran Ratu Unduk Ngadau pada tahun 2018, Nicole Alphonsus menjadi tular selepas beberapa foto miliknya dikatakan mirip pelakon terkenal Mira Filzah.

Nicole berkata, pada awalnya dia tidak menyedari mengenai perkara itu sehinggalah ada rakannya yang menegur tentang wajah seiras pemilik tagline 'baby sayang'.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Mirip Siti Nurhaliza & Neelofa Bawa Tuah Buat Maisarah

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Video lucah mirip pelakon ‘sado’ Zul Ariffin tersebar, akaun Instagram pula ditutup?

Nicole menganggap miliki wajah mirip pelakon Mira Filzah merupakan satu bonus kepada dirinya.

"Sebenarnya ramai yang menegur sebelum ini, tetapi saya tidak rasa wajah saya sama dengan pelakon itu.

"Tentang persamaan itu, kawan saya yang perasan dulu dan tag saya di media sosial. Jika tidak saya langsung tak tahu," katanya kepada mStar.

Jelas gadis berusia 24 tahun ini, dia sendiri tidak menafikan bahawa terdapat juga individu yang memberi respons negatif dan menganggap dia hanya menumpang 'glamor' dengan kelebihan ini.

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu bahagian mana yang membuatkan saya sama dengan Mira Filzah

NICOLE ALPHONSUS

PEGAWAI BANK

"Ada sahaja yang beranggapan yang saya hanya menumpang glamor, tetapi sejujurnya saya sendiri tidak tahu bahagian mana yang membuatkan saya sama dengan Mira Filzah.

"Bagi saya setiap orang ada kelebihan masing-masing dan siapa saya untuk menghalang mereka berkata seperti itu," kata gadis Sabah ini.

Nicole menganggap persamaan wajah dengan aktres itu hanyalah satu kebetulan.

Nicole Alphonsus (kiri) terima tawaran berlakon selepas tular wajahnya seiras Mira Filzah (kanan).

Tambahnya lagi, perkara itu turut memberi kesan positif apabila dia menerima tawaran berlakon daripada beberapa produksi dan dalam bidang peragaan.

Namun, pekerjaannya sebagai pegawai di sebuah bank di Kota Kinabalu, Sabah menjadi kekangan untuk dia menerima tawaran berkenaan.

"Ada juga yang menghubungi saya untuk tawaran berlakon dan model tapi memandangkan sekarang ini saya bekerja sebagai pegawai bank, jadi saya fikir mahu memberi tumpuan pada kerjaya saya yang sekarang ini.

Dalam pada itu, Nicole merupakan salah seorang peserta ratu cantik bagi mewakili daerah Karambunai yang berjaya diumumkan sebagai Ratu Unduk Ngadau 2018 dan Miss Crocker Range pada tahun 2016.

Mira Filzah, Nicole

Artikel Lain