“Ingatkan benda macam ni orang buat pada ahli politik saja” - Zul Ariffin perjelas isu video lucah, jadi mangsa 'deepfake' - Sensasi | mStar

“Ingatkan benda macam ni orang buat pada ahli politik saja” - Zul Ariffin perjelas isu video lucah, jadi mangsa 'deepfake'

Zul Ariffin tutup akaun Instagram miliknya gara-gara tular video panas.

SELEPAS kecoh video 'panas' mirip pelakon terkenal, Zul Ariffin, dia tampil memberi penjelasan berkaitan perkara itu.

Menurut laporan XTRA, Zul mengakui kesal kerana menjadi mangsa pemalsuan imej (deepfake) buat kali kedua. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Video lucah mirip pelakon ‘sado’ Zul Ariffin tersebar, akaun Instagram pula ditutup?

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tutup Instagram kerana video lucah? - “Dia cuma berehat seketika dari media sosial”

“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh deepfake, inikan pula saya. Senang sangat nak cari visual saya untuk buat deepfake ni.

Zul Ariffin kesal dengan isu yang terpalit pada dirinya.

“Tak sangka pula kali ini saya menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja,” katanya dengan kecewa.

Pada pagi Rabu, kecoh rakaman video berdurasi 45 saat memperlihatkan seorang lelaki didakwa mirip Zul Ariffin berada dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya.

Zul berkata, dia sedih melihat situasi yang mengaitkan dirinya dan berharap artis-artis lain agar lebih berhati-hati.

“Saya harap, dengan kejadian ini, artis lain juga harus lebih berhati-hati” komennya.

Deepfake terhasil apabila wajah seseorang individu yang disasarkan akan dipadankan dengan wajah individu yang dilakonkan.

Umum tahu dengan kecanggihan teknologi hari ini, pengguna perlu lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial. Bukan apa, takut menjadi mangsa deepfake seterusnya.

Zul Arifin , deepfake

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara