Ramli MS kata Sham Visa tak cukup ‘jantan’ - “Mungkin tenaga dah tak macam orang muda lagi” - Hiburan | mStar

Ramli MS kata Sham Visa tak cukup ‘jantan’ - “Mungkin tenaga dah tak macam orang muda lagi”

Sham Visa terima komen yang diberikan Ramli MS dengan hati terbuka.

PENYANYI Sham Visa tidak tersinggung atau terasa hati dengan komen 'pedas' Datuk Ramli MS mengenai gaya persembahannya semasa Konsert Gegar Vaganza 6 minggu kedua, Ahad lalu.

Menurut Sham atau nama sebenar Rohisham Hashim, 47, Ramli selaku juri mempunyai hak untuk menilai persembahannya dan dia menerima kritikan itu dengan hati terbuka.

"Saya tak berkecil hati dengan komen Datuk Ramli yang rasa persembahan saya minggu ini kurang manly... saya terima dengan hati terbuka dan tak rasa ia sebagai satu penghinaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak buat pembedahan untuk nampak seiras Iron Man” - Sham Visa digelar Tony Stark Malaya

ARTIKEL BERKAITAN: Mazleela peserta pertama tersingkir GV6

"Saya akui mungkin tak cukup tenaga seperti dia mahukan sebab saya bukan orang muda lagi, tapi apa pun saya akan ambil perhatian tentang perkara ini dan perbaiki pada masa akan datang.

"Sejujurnya, saya perlu belajar daripada Datuk Ramli kerana dia banyak pengalaman. Dia yang memandang persembahan saya di atas pentas, mungkin ada kurang di matanya. Saya okay sahaja dengan komen tersebut," katanya kepada mStar.

Lebih baik daripada minggu pertama... Ramli MS puji nyanyian Sham.

Pada malam itu, Sham menyampaikan lagu nyanyiannya sendiri berjudul Untukmu Selamanya.

Sejurus membuat persembahan, Ramli selaku juri tetap berpendapat Sham sepatutnya menyanyikan lagu tersebut dengan lebih gagah seperti seorang penyanyi rock.

"Kamu berubah agak banyak dari minggu lepas, saya suka minggu ni, nyanyian dah jelas... cuma kamu kena lebih manly, rempit lagi, jangan Kpop sangat! 

"Imej okay tapi kena ganas rempit, saya lebih suka imej sebagai rocker," komen Ramli MS.

Konsert minggu kedua menyaksikan Mazleela tersingkir setelah menerima markah terendah daripada juri.

12 peserta yang layak ke peringkat seterusnya.

12 peserta yang layak ke pusingan seterusnya ialah Sham, Wann, Noorshila Amin, Feeza, Nurfatima, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza.

Selain itu Ameer Sofazr, Jatt Black Dog Bone, kumpulan One Nation Emcee dan Kool turut mara ke pusingan seterusnya.

Selain Ramli, peserta diadili oleh seorang lagi dua juri profesional iaitu Hetty Koes Endang selain Datin Paduka Julie Sudiro tampil sebagai juri jemputan.

Menerusi konsert minggu ini, kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘yang aneh-aneh’.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sham Visa , Ramli MS , Gegar Vaganza 6

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain