suria

Mazleela peserta pertama tersingkir GV6

Mazleela tersingkir minggu kedua.

PERJUANGAN Mazleela di pentas Gegar Vaganza musim keenam (GV6) terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Mazleela yang mempersembahkan lagu Apa Khabarmu Di Sana nyanyian asal Ramlah Ram menjadi peserta pertama terkeluar berikutan mendapat markah terendah daripada juri profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: “No more halal next week!” - Beri peluang minggu pertama, Ramli MS minta peserta GV6 lebih kreatif

ARTIKEL BERKAITAN:Wann Bossanova kembali 'meneran', Ramli MS cabar penyanyi veteran

Menurut Hetty Koes Endang, Mazleela sepatutnya menyanyikan lagu tersebut dengan santai dan harus bijak mengawal intonasi.

“Menyanyi ni macam berbicara jadi kena sampaikan melalui lagu, jangan nyanyi terlalu berat, sepatutnya rileks sahaja. Kena tahu kawal lagu dan teruskan berlatih,” katanya.

Feeza berjaya ke minggu hadapan.

Sementara itu, peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Wann, Noorshila Amin, Feeza, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza.

Selain itu, Ameer Sofazr, Jatt Black Dog Bone, kumpulan One Nation Emcee dan Kool.

Minggu hadapan kesemua peserta akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘yang aneh-aneh’.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datin Paduka Julie Sudiro tampil sebagai juri jemputan.

GV6 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Naqiu membawakan lagu Meraung yang dipopularkan kumpulan New Boyz.

Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Jatt.

Manakala Anugerah Bintang Cili Padi pula dimenangi oleh Hady Mirza.

GV6 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Gegar Vaganza, GV6, Mazleela

Artikel Lain