suria

Wann Bossanova kembali 'meneran', Ramli MS cabar penyanyi veteran - “Saya tunggu bunyi mahal daripada mereka dalam GV6”

Barisan peserta yang bakal berentap dalam Gegar Vaganza 6.

PROGRAM realiti nyanyian Gegar Vaganza kembali untuk musim keenam dengan menampilkan 13 peserta.

Edisi kali ini menyaksikan persaingan 11 peserta solo dan dua lagi mewakili kumpulan dan duo.

Musim terbaharu ini memperlihatkan peserta wanita terdiri daripada penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Wann, Noorshila Amin, Feeza, Mazleela,  dan Nurfatima.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tukar, ‘job’ pun tiada! Nabil hanya bergantung jadi hos dan penyampai radio

Manakala peserta lelaki pula ialah Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan Jatt Black Dog Bone.

Kumpulan One Nation Emcee dan pasangan duo, Kool turut akan memberikan persaingan kepada peserta solo lain.

Nabil dan Jihan masih diberi kepercayaan untuk menjadi hos Gegar Vaganza musim terbaharu. - Foto @astrogempak

Senarai itu diumumkan pihak Astro menerusi sidang media di Garden Theater, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu pengarah muzik terkenal selaku juri tetap, Datuk Ramli MS ketika sidang media memberitahu dia tidak sabar untuk menyaksikan sesuatu yang istimewa daripada kesemua peserta.

“Memandangkan ini pertandingan nyanyian, saya menunggu bunyi yang mahal daripada mereka,” katanya.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober ini secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Ia akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.

GV6 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang menjadi juri tetap disamping Ramli MS.

Juara Gegar Vaganza musim keenam bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5).

View this post on Instagram

Peserta ke 12, Wann. #mstaronline #gv6 #mstarxs

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Gegar Vaganza, Ramli MS

Artikel Lain