Mawar Rashid izin anak usia tujuh bulan terima tawaran berlakon - Hiburan | mStar

Mawar Rashid izin anak usia tujuh bulan terima tawaran berlakon

Mawar dan Raf mengizinkan anak mereka mengikuti jejak langkah sebagai pelakon di usia muda.

PELAKON Mawar Rashid memberitahu dia dan suami, Raf Yaakob bersedia membuka peluang kepada anak mereka iaitu Raden Muhammad Rafael menceburi dunia glamor dalam usia masih muda.

Menurut Mawar, 24, sebagai seorang selebriti, dia mengharapkan agar bayi lelaki berusia tujuh bulan itu mengikut jejak langkahnya dan meminati bidang yang sama.

"Mawar okay sahaja kalau Rafael terbabit dengan bidang ini sebab saya dan Raf memang dari keluarga seni dan sokong apa sahaja minat anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid FaceTime dengan anak di set lakonan - “Rasa patah hati tengok anak menangis, tapi kerjaya perlu diteruskan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kurang tidur tapi puas lihat anak membesar” - Mawar Rashid seronok jadi ibu!

"Sejujurnya saya suka kalau anak berlakon... mungkin sebab saya terlalu mencintai bidang seni dan bakat yang saya ada ini datang dari emak yang juga merupakan seorang model dan pelakon di Thailand, jadi darah seni itu sudah mengalir.

"Kalau dalam masa terdekat ada orang tawarkan peluang untuk Rafael berlakon atau sebagainya, saya anggap itu rezeki dia. Cumanya, apabila dia sudah besar nanti dia berhak untuk tentukan apa minatnya," katanya kepada mStar.

Mawar dan suami beri kebebasan untuk anak tentukan minat mereka.

Dalam usaha mendekatkan anaknya dengan dunia seni, Mawar berkata dia kerap membawa anak-anak ke set penggambaran.

Ini secara tidak langsung dapat mengajar mereka mengenai kehidupan dan kerjaya sebagai pelakon.

"Kebiasaannya, kalau waktu rehat Raf akan datang bawa anak ke set penggambaran. Sebelum Rafael lahir lagi, Raf memang selalu bawa dua lagi anak kami iaitu Rayyan dan Raysaa melihat tempat shooting.

"Memang saya galakkan sebab mahu mereka lihat sendiri cara kami bekerja dan mengajar mereka bergaul dengan pelbagai orang supaya lebih cepat matang dan terbiasa dengan suasana kerja sebagai seorang pelakon," ujarnya.

Bercakap mengenai karier lakonan, Mawar berkata selepas dua tahun berehat, dia akhirnya muncul dalam telefilem terbaharu berjudul Penaklukan Syaitan.

"Sebenarnya, sudah hampir dua tahun saya tidak berlakon. Saya mendirikan rumah tangga, selepas itu melalui proses kehamilan dan kini sudah mempunyai seorang anak.

Mawar kerap membawa anak-anak ke set penggambaran.

"Kini, anak sudah menginjak usia tujuh bulan dan saya sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan. Saya juga tak risau kerana ibu membantu untuk menjaga anak saya.

"Alhamdulillah, saya kembali ke set penggambaran menerusi telefilem seram yang telah ditayangkan pada Sabtu lalu di slot Citra Eksklusif berjudul Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang," ujarnya.

Terdahulu, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Pasangan ini  dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Untuk rekod, Mawar mempunyai dua orang anak tiri, Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Mawar Rashid , raf yaakob

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain