suria

“Kurang tidur tapi puas lihat anak membesar” - Mawar Rashid seronok jadi ibu!

Kehidupan Mawar semakin bahagia bersama anak dan suami.

PELAKON Mawar Rashid memberitahu kekurangan masa tidur antara cabaran baharu sejak melahirkan cahaya mata pertamanya pada 15 Mac lalu.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, ia adalah sebuah pengorbanan yang berbaloi apabila melihat anaknya, Raden Muhammad Rafael membesar dengan baik.

"Tanggungjawab saya sekarang ini semakin besar dengan adanya Raden Rafael. Biasalah bayi baru lahir ini akan sentiasa terjaga waktu malam setiap dua atau tiga jam untuk menyusu.

"Disebabkan tu, bila waktu malam saya tak dapat tidur dengan cukup dan waktu siang pula saya perlu cergas untuk hadir majlis atau acara. Itu antara cabaran baharu saya semenjak jadi ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau meluat, jangan tengok”- Mawar Rashid manja dengan suami, netizen pula panas hati


Hubungan Mawar dan suami semakin erat semenjak kelahiran anak pertama mereka.

"Kuasa seorang ibu, walaupun tak cukup tidur tapi semua penat tu tak rasa dan pengorbanan berbaloi sebab gembira bayi membesar dengan sihat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Mawar mengakui kehadiran cahaya mata pertamanya, Raden Muhammad Rafael mengeratkan lagi hubungan dia dengan suami iaitu Raf Yaakob.

Kata pelakon telefilem Pok Ya Cong Codei ini, dia dan suaminya semakin menghargai satu sama lain serta kehidupan mereka bertambah bahagia.

"Betul la orang selalu kata rezeki anak ini membawa kebahagian untuk keluarga. Sejak kehadiran anak pertama ini mengeratkan lagi hubungan saya dan suami.

Mawar akui dalam fasa bahagia bersama keluarganya.

"Kalau dahulu, saya bahagia bersama suami tapi sekarang saya lebih bahagia dan gembira dengan adanya Raden Rafael dan suami. Boleh dikatakan kami sekeluarga dalam fasa bahagia," ujarnya.

Mawar dan adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yakoob iaitu Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Lain