Syawal terakhir status 'single', Farah Nabilah beri bayangan bakal berkahwin

Farah Nabilah berhasrat untuk menyambut syawal terakhir sebagai wanita bujang tahun ini.

PELAKON jelita Farah Nabilah seperti memberi bayangan bakal menamatkan status solo dalam masa terdekat bersama jejaka pilihan hatinya.

Ianya selepas Farah menyatakan hasrat untuk menyambut Syawal terakhir sebagai wanita bujang pada tahun ini.

"Saya harap ini adalah sambutan raya kali terakhir saya sebagai wanita bujang.

"Lagipun umur saya sudah 27 tahun. Mak pula macam dah hint-hint. Dia tak tanya saya bila nak kahwin ya... dia terus cakap bestnya kalau ada cucu.

"Doakan yang terbaik buat saya," katanya kepada mStar.


Farah bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka pilihan hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya selesa dengan hero tinggi”- Farah Nabilah idam berlakon disamping Remy Ishak

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Nabilah dah pandai ‘tunjuk belang’... ini jawapannya!

Farah bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah gerangan calon suaminya itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Halalkan Hati yang Ku Curi ini menjelaskan soalan tentang jodoh yang diterima tidak memberikan sebarang kesan sebaliknya bimbang akan soalan pemberian duit raya kerana statusnya sebagai seorang selebriti.

"Insya-Allah, soalan bila nak kahwin tak beri kesan pada saya. Zaman sekarang ramai sahaja wanita yang sudah 30 tahun dan masih belum berkahwin. Neelofa pun belum kahwin. Soalan seperti itu tidak memberi kesan kepada saya sangat.

"Tapi saya lebih takut dengan soalan duit raya. Orang mengharapkan duit raya lebih sebab status saya seorang selebriti. Siap ada yang tak malu buka sampul di hadapan saya. Untuk itu, saya sediakan RM3,000 untuk duit raya tahun ini," katanya.

Farah dan keluarga menyambut hari raya Aidilfitri di Kelantan.

Dalam pada itu, Farah yang akan pulang ke Bachok, Kelantan memberitahu teruja untuk pulang ke sana untuk merasai makanan seperti nasi dagang dan ketupat palas.

"Tahun-tahun sebelumnya saya memang tidak pernah ketinggalan untuk pulang beraya di kampung kerana arwah nenek masih ada.

"Bila tahun lepas family tiba-tiba keluarga tukar angin nak beraya di Kuala Lumpur sebab nenek sudah tiada, raya saya sangat bosan! Menyesal saya beraya di sini.

"Saya tak sabar nak makan nasi dangan dan ketupat palas kerana rasa makanan di sana sangat sedap dan berbeza dengan di Kuala Lumpur," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain