Issey sudah ada jawapan jika ditanya “bila nak kahwin?”

Issey kerap menerima soalan mengenai jodoh.

PENYAMPAI radio Suria FM, Issey mengakui kerap menerima pertanyaan mengenai jodoh setiap kali pulang beraya di kampung.

Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, 32, bagaimanapun tidak berkecil hati dan mempunyai cara tersendiri menjawab soalan cepumas itu.

"Biasalah bila balik kampung, lagi pula hari raya soalan mengenai jodoh memang tak boleh lari.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey sanggup menduda, belum sedia kahwin lagi

"Selalu yang bertanya ini wanita yang sudah setaraf emak-emak saya dan saya pun okay sahaja dengan soalan tersebut.

Issey sentiasa bersedia dengan soalan mengenai jodoh.

"Mujurlah saya pelawak, jadi boleh selit jawapan dengan cara gurauan dan tidak nampak perbualan itu terlalu serius," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun bercerai pada 21 Ogos 2016.

Menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Issey yang sudah tiga tahun menduda mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Selain bergelar pelawak, Issey juga penyampai Suria Pagi di Suria FM.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri, Issey berkata raya kali ini tidak jauh berbeza dengan tahun sebelumnya.

"Raya tahun ini sama sahaja seperti tahun sudah. Saya bercuti seminggu dan beraya di kampung di Kota Bharu, Kelantan.

"Memandangkan ibu saya kurang sihat, jadi lebih banyak waktu bersamanya dan ini peluang untuk kami adik beradik berkumpul," ujarnya.

Issey, Suria FM

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain