Lisa tak tempah baju raya tahun ini, Yusry minta sambut sederhana - Hiburan | mStar

Lisa tak tempah baju raya tahun ini, Yusry minta sambut sederhana

Lisa dan suami meraikan Syawal dengan lebih bersederhana tahun ini.

KETIKA selebriti tempatan lain begitu teruja untuk melaram di pagi Syawal nanti, pelakon Lisa Surihani memilih untuk bersederhana apabila memberitahu tidak menempah walau sepasang baju raya buat mereka sekeluarga.

Menurut Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33, tahun ini merupakan kali pertama dia dan keluarga tidak memiliki pakaian raya selepas akur dengan cadangan suaminya, Yusri.

"Persiapan raya terlampau sederhana tahun ni. Saya tak ada tempah baju pun.

"Tahun-tahun sebelumnya memang saya akan tempah atleast untuk raya pertama.

"Tapi sebab dah berapa tahun suami cakap tak perlu beli baju raya sebab kami dah ada hampir ke semua warna. Jadi tahun ini saya dengar cakap dia," katanya kepada mStar.

Lisa tidak menempah baju raya tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Diana seorang yang sangat tabah, tiada pada wanita lain”- Lisa Surihani titip doa buat keluarga Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada masa baik dan buruk... Terima kasih sentiasa berada di sisi saya” - Ucapan Yusry buat Lisa Surihani

Bercerita lanjut, Lisa memilih untuk shopping secara atas talian sekiranya terpaksa dan tidak cerewet jika memiliki baju sama seperti orang lain.

"Ada juga saya tanya suami, tak apa ke kalau saya pakai baju tahun lepas sahaja?

"Tapi kalau saya nak juga baju baharu, saya akan online shopping sahaja sebab baju raya sekarang dah banyak dijual secara online.

"Saya faham sesetengah daripada kita mungkin tak suka kalau pakai baju raya sama dengan orang lain. Tapi untuk saya, ia tak mengganggu pun. Asalkan saya selesa dan saya suka, saya akan pakai sahaja baju yang dah siap," katanya.

Lisa bersama suaminya, Yusri dan anak-anak.

Dalam pada itu, aktres jelita ini menyifatkan Ramadan tahun ini sebagai sesuatu yang amat istimewa buatnya.

"Ramadan tahun ini amat istimewa bagi saya kerana anak-anak sudah mula memahami mengenai rukun Islam ketiga.

"Sejuk hati saya bila dia minta untuk ikut bersama-sama untuk sembahyang. Saya tak perlu ajak dia pun.

"Dia ikut sahaja bila saya rukuk, dia pun rukuk tapi mata tengok atas, kadang-kadang nak tergelak dibuatnya" katanya.

Lisa Surihani , Yusri

Artikel Lain

Luiz dedah punca pindah ke Arsenal