PU Abu, Hana Azraa beraya di rumah baharu, teruja sambut Syawal sebagai suami isteri - Hiburan | mStar

PU Abu, Hana Azraa beraya di rumah baharu, teruja sambut Syawal sebagai suami isteri

PU Abu bersama isterinya, Hana Azraa

SAMBUTAN Syawal kali ini pasti berbeza buat Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan bersama pasangan baharunya, Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir apabila meraikan sambutan Aidilfitri di sebagai pasangan suami isteri.

Lebih menggembirakan, PU Abu berkata dia kini sibuk dengan persiapan menghias kediaman baharu itu berbanding persiapan baju raya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baby tak aktif perkara biasa” - PU Abu salahkan netizen suka kecam hingga bekas isteri tertekan

ARTIKEL BERKAITAN: “Tengok keadaan, kalau ada... adalah” - Bekas isteri PU Abu jawab tentang nak rujuk

"Kami baharu sahaja berpindah ke rumah baru.... jadi baju raya tahun ini mungkin kurang.

"Duit banyak dibelanjakan untuk rumah dan keluarga kerana saya family first.

"Kami banyak fokus kepada persiapan mencantikkan rumah. Kami hias sama-sama, beli barang di Ikea... tetapi rumah kami biasa-biasa sahaja, katanya kepada mStar.


PU Abu sambut Syawal di rumah baharu.

Ketika ditanya tentang bekas isteri iaitu Ain Afini, yang kini sedang sarat hamil, PU Abu memberitahu dia tidak melupakan kelengkapan perayaan untuk wanita itu.

Dia sebaliknya menyediakan sejumlah wang buat perbelanjaan bekas isteri agar kebajikan tidak terabai.

"Semestinya saya tidak melupakan persiapan untuk bekas isteri juga. Saya sudah ada simpanan dan duit yang ditetapkan untuk Ain. Kebajikan dia takkan saya lupa. Anda boleh tanya Ain sendiri.

"Malah setiap hari saya mesej dan bertanya khabar, tanya check up baby macam mana.

"Hubungan saya dan Ain baik. Kami tiada dendam dan keluarga Ain juga reda dengan ketentuan ini. Apa yang saya boleh cakap, anda hanya dengar cerita dari pihak Ain dan saya ada cerita tersendiri,” katanya.

PU Abu bergambar kenangan bersama arwah ibunya.

Dalam pada itu, PU Abu turut berkongsi kisah duka dimana tanggal 21 April menjadi titik hitam dalam hidup yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

"Sebenarnya tanggal 21 April merupakan tarikh yang sangat besar dan sedih yang berlaku dalam hidup saya dan akan saya ingat sampai bila-bila.

"Ia merupakan tarikh berita mengenai diri saya tular dan pada masa sama ia merupakan tarikh ibu tercinta saya dijemput ilahi iaitu pada 21 April 2016. Ia tarikh yang mengubah hidup saya.

"Apa yang saya telah belajar, jangan ada sifat pentingkan diri. Setiap perbuatan yang kita lakukan kita harus memikirkan orang lain juga," katanya.

PU Abu , Hana Azraa , Syawal

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain