suria

“Biarkan isteri, anak dedah aurat tu dayus”- PU Azman tegur netizen tuduh Shuib dayus sebab tak faham maksud

Shuib dilabel dayus gara-gara meminta izin Siti Sarah untuk membeli sebuah motosikal.

PENCETUS Ummah (PU) Azman menyelar beberapa individu yang menganggap tindakan pelawak Shuib meminta izin isterinya untuk membeli sebuah motosikal sebagai dayus.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias menjelaskan sikap suami yang meminta izin sebelum melakukan sesuatu perkara bukanlah sifat seorang lelaki 
dayus.

Ia sebaliknya sebagai menghormati keberadaan isteri yang juga merupakan pasangan hidup si suami.

"Suami minta pendapat atau izin isteri untuk beli motor baru tu bukan dayus.

"Tu suami yang menghormati keberadaan isteri di sisi," katanya.

Status dimuat naik di laman Instagram PU Azman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jujur dikata dayus, yang menipu pula berani” - Siti Sarah pelik suami dituduh dayus kerana minta izin beli motor

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tiada Siti Sarah, Shuib tak pasti hala tuju hidup

Malah, PU Azman menjelaskan maksud sebenar dayus adalah sikap seorang suami yang tidak menegur anak serta isteri mereka mendedahkan aurat tanpa memberikan nasihat dan didikan agama.

"Dayus ni suami yang biarkan anak isteri dedah aurat tanpa nasihat dan didikan agama," ujarnya.

PU Azman membuat teguran itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Isnin.

PU Azman membuat teguran itu lantaran perkongsian penyanyi Shuib untuk memiliki sebuah motosikal idaman selepas meminta keizinan daripada isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima kecaman netizen.

Antara komen yang ditinggalkan netizen terhadap Shuib.

"Ramai yang salah guna istilah. Jadi bila salah guna istilah, membawa kepada fahaman yang salah.

"Nabi pernah lumba lari dengan isterinya Aisyah dan Aisyah menang.

"Sebenarnya boleh je Nabi menang, tapi Baginda nak wujudkan suasana romantika," ujarnya.

PU Azman merupakan juara bagi program realiti televisyen Astro iaitu Pencetus Ummah bagi musim kedua.

Shuib, Siti Sarah, PU Azman

Artikel Lain