“Rasa kelakar pula bila viral fasal Iqra” - Eyra Hazali syukur ramai sokong dan doa dia belajar baca Iqra

Eyra enggan mengulas mengenai kecaman netizen terhadapnya yang baru belajar baca Iqra.

GARA-gara memuat naik foto sedang membaca Iqra di Instastory, pelakon Eyra Hazali menerima kecaman segelintir netizen di laman sosial.

Eyra, 20, berkata biarpun ada yang memperlekehkan niatnya namun dia bersyukur masih ada peminat yang menyokong dan mendoakannya.

Pemilik nama Hazirah Qasdina Hazali ini bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

"Mengenai isu dikecam sebab baru belajar baca Iqra tu, saya tak nak komen dah sebab tak nak memanjangkan lagi isu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali tak bimbang, percaya bakal suami bukan 'kaki perempuan'


Luahan Eyra mendapat perhatian netizen.

"Tapi saya rasa bersyukur ramai lagi yang mendoakan dan menyokong saya tapi saya rasa kelakar pula bila viral fasal ni," kata Eyra kepada mStar.

Eyra diminta mengulas mengenai luahan dia berasa sedih apabila ada netizen mempersendakan dirinya yang baru belajar membaca Iqra di laman Twitter.

Bagaimanapun, ramai peminat yang memberi sokongan untuk pelakon drama bersiri Nur 2 itu terus belajar dan tidak mempedulikan kata-kata negatif.

Dalam pada itu, selain memanfaatkan masa dalam bulan Ramadan dengan mengaji bersama adik-adik, Eyra juga sibuk menolong ibunya membuat kuih raya.

Eyra dan adik-adik menolong ibu membuat kuih.

Menurut tunang kepada penjaga gol skuad bola sepak bawah 22 tahun negara, Muhammad Haziq Nadzli ini, sudah menjadi tradisi keluarganya membuat kuih setiap kali bulan puasa.

"Sepanjang Ramadan ni saya tak ada banyak aktiviti sangat sebab fokus dengan shooting drama 80 episod berjudul Puteri Yang Ditukar.

"Kalau sempat pun balik dari kerja, saya akan mengaji dengan adik-adik dan tolong ibu buat kuih.

"Setiap kali Ramadan memang adik-beradik saya akan berkumpul buat kuih raya sama-sama untuk dijual dan makan sendiri," ujarnya.

Eyra Hazali

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain