suria

“Terlalu banyak dugaan kita tempuh untuk menikmati saat indah” - Ucapan istimewa Izzue Islam buat isteri

Izzue dan Awin banyak berkorban demi mengejar bahagia yang diimpikan.

PENYANYI dan pelakon Izzue Islam memberi ucapan istimewa buat isterinya, Awin Nurin sempena menyambut ulang tahun ke-7 perkahwinan mereka pada Ahad, 2 Jun 2019.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, berkata dia dan isterinya banyak melalui dugaan dan pergorbanan sepanjang tujuh tahun bergelar suami isteri.

"Wahai peneman hati, saat pertama kali dahimu ku cium, itu adalah yang paling indah yang tertanam dalam hidupku.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tidak Keterlaluan, Hanya Kongsi Kebahagiaan” – Izzue Islam

Izzue beri ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.

"Terlalu banyak dugaan yang kita tempuh untuk menikmati saat indah di hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang kita lakukan demi mengejar secebis kebahagiaan yang kita impikan.

"Siulan mulut orang kita pekakkan, malah tali ini semakin erat terikat. Happy 7th Anniversary," kata Izzue.

Izzue yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 pada hari yang sama itu memuat naik foto kenangan pada majlis perkahwinan mereka di laman Instagram.

Rata-rata netizen turut memberi ucapan istimewa dan mendoakan agar pasangan itu sentiasa bahagia.

Pelakon drama 30 Pesanan Suara itu mendirikan rumah tangga dengan Awin pada 2 Jun 2013 namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Izzue Islam, Awin Nurin

Artikel Lain