“Tanam rambut juga ke?” - Netizen samakan kepala Aliff Syukri dengan Aliff Aziz

Aliff Syukri tunai janji membotakkan kepala.

SEBAGAI memenuhi janji sekiranya video muzik lagu Jom Raya menjadi trending nombor satu di YouTube, akhirnya usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri nekad membotakkan kepala.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, pengikut bukan sahaja memuji tindakan Aliff menunaikan janji membotakkan kepala, malah ada juga yang menyamakan rambutnya dengan penyanyi Aliff Aziz.

Ini berikutan terdapat tanda-tanda merah seperti luka di kepala jutawan tersebut dan ia mula menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tunggu apa lagi, botaklah!” - Netizen gesa Aliff Syukri tunai 'nazar' selepas video muzik trending

Ada yang membuat andaian kononnya Aliff turut membuat rawatan menanam rambut atau hair transplant seperti yang dilakukan oleh penyanyi lagu Sayang Sayang sebelum ini.

Pengikut samakan rambut Aliff Syukri dengan Aliff Aziz.

"Macam Aliff Aziz daaa... Datuk pun tanam rambut juga ke?

"Buat rawatan rambut ke Datuk?

"Kenapa rambut Datuk pun ada biji warna merah tu macam Aliff Aziz, buat hair transplant juga nampaknya," tanya pengikut.

Aliff bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan netizen itu dan sekadar memberitahu dia sudah membotakkan rambut.

Antara komen pengikut di Instagram.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji penampilan Aliff dan berasakan imej tanpa rambut itu lebih sesuai dan kena dengan wajahnya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada Ahad itu menerima hampir 400,000 tontonan.

Lagu Jom Raya nyanyian Aliff Syukri bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah kini trending nombor 1 di laman Youtube.

Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas dimuat naik pada Khamis lalu.

Aliff Syukri, Aliff Aziz

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain