“Raya paling bermakna buat kami” - Anzalna selamat lahir bayi lelaki pada Jumaat - Hiburan | mStar

“Raya paling bermakna buat kami” - Anzalna selamat lahir bayi lelaki pada Jumaat

Anzalna luah rasa syukur apabila dia selamat melahirkan bayi lelaki pada Jumaat.

PELAKON Anzalna Nasir meluahkan rasa bersyukur apabila dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada Jumaat, 31 Mei 2019.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 31, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang sangat bermakna buat dia dan keluarganya dengan kelahiran anak pertama mereka.

"Jumaat, 31 Mei 2019. Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata, akhirnya bertemu jua!

"Raya yang paling bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan untuk kami," kata Anzalna.

Anzalna kongsi momen indah menyambut kelahiran anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagai bulan jatuh ke riba! Anzalna Nasir bakal lahir anak lelaki

Anzalna mengumumkan berita tersebut dan memuat naik video dia dan keluarganya menyambut kelahiran anak lelaki sulungnya di Instagram pada Isnin.

Beberapa selebriti seperti Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Siti Saleha, Nabila Huda dan Mira Filzah mengucapkan tahniah menerusi ruang komen video tersebut.

Video yang memperlihatkan seluruh keluarga Anzalna dan suaminya, Mohamad Hanif gembira menyambut kelahiran putera sulung pasangan itu.

Sebelum ini, Anzalna mendedahkan impian keluarganya ingin mempunyai generasi lelaki akhirnya tercapai dengan kelahiran anaknya.

Kehadiran bayi lelakinya itu merupakan kejutan buat dirinya dan sekaligus memenuhi impian bapa serta keluarganya.

Pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya itu mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Hanif yang juga ahli perniagaan pada 22 Februari 2016.

Anzalna Nasir

Artikel Lain