suria

Altimet bawa anak sertai misi kemanusiaan Syria, ajar hidup susah

Altimet membawa anak sulungnya, Abdullah menyertai misi bantuan ke Lubnan.

PENYANYI rap Altimet membawa anak sulungnya, Abdullah, 13, turut serta menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Syria bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat Islam di sana.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkata, tujuannya ingin memberi kesedaran tentang apa yang anaknya itu lalui jauh lebih mewah daripada kehidupan masyarakat Syria.

"Jauh perjalanan, luas pemandangan.

"Kalau aku bawak kau ke rumah-rumah mewah untuk tunjukkan kesederhanaan hidup kita sahaja, itu tak adil untuk kau.

"Aku bawak kau ke kem-kem pelarian... jadi kau tahu hidup kau serba mencukupi, lebih mewah kalau dibandingkan mereka," katanya.

Antara kenyataan dimuat naik Altimet.

ARTIKEL BERKAITAN: Semalam hari terakhir Altimet sebagai penyanyi rap, peminat cadang dia jual karipap

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa tak percaya, terkejut dan terharu!”- Karya Altimet jadi bahan kajian pelajar

Altimet berkongsi pengalaman dia dan anaknya serta beberapa lagi artis lain seperti Noh Hujan dan Aizat Amdan yang menyertai misi bantuan kepada mangsa-mangsa pelarian di Syria.

Dalam pada itu, Altimet berkata, ujian yang dilaluinya berbeza dengan rakyat di Syria.

Namun berjanji untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya itu.

Aizat Amdan dan Noh Hujan antara artis yang menyertai misi ke Lubnan.

"Ujian hidup mereka ialah kesusahan berlari ke negara jiran sebab perang saudara. Ujian hidup kita pula kesenangan di tanah air sendiri yang aman.

"Aku akan buat segala yang aku mampu untuk jadikan kau orang yang lebih baik dari aku. Aku cuma nak mintak pertolongan kau dalam mencapai matlamat aku ni.

"Berat sama dipikul, ringan sama-sama kita jinjing, anakku," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap Altiment selain memanjatkan doa buat dirinya yang menyertai misi itu untuk diberikan kesihatan yang baik.

Altimet, Syria

Artikel Lain