“Orang layan macam sampah bila kau tiada apa-apa” - Waris akui berdepan tekanan dan depresi sebelum berjaya - Hiburan | mStar

“Orang layan macam sampah bila kau tiada apa-apa” - Waris akui berdepan tekanan dan depresi sebelum berjaya

Waris melalui pelbagai cabaran sepanjang bergelar anak seni.

PENYANYI rap Waris berkongsi keterujaan apabila menerima anugerah Asean top 50 Media Sosial Influencer pada Sabtu lalu.

Waris atau nama sebenar Muzammil Alias, 30, berkata, dia terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan untuk berada pada tahap ini. 

"This time we need to go out and win, no plan B. Fuzz (DJ Fuzz) beritahu aku dah dimakan usia, tak ada masa nak buang masa tunggu-tunggu lagi. Kali ini dianugerahkan Asean Top 50 media Social Influencer.

ARTIKEL BERKAITAN: “Budak baru jangan nak poyo” - Waris bukan tuju untuk Ben Ladin

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini kali pertama dan terakhir!” - Waris

"Orang layan macam sampah bila kau tiada apa-apa, tapi masih enjoy melalui proses itu walaupun perit nak mati. Rasa nak putus asa... biasalah manusia kan?," katanya menerusi Instagram.

Waris berkongsi rasa teruja di Instagram.

Sementara itu, Waris turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi oleh individu yang sama-sama membantu menaikkan namanya dalam industri seni suara.

Malah, segala keperitannya sepanjang bergelar anak seni dirasakan berbaloi dengan penghargaan tersebut.

"Syukur sangat aku 'memilih' orang sekeliling yang betul-betul nak tengok aku berjaya, lambat atau cepat nak capai sesuatu, proses itu yang paling penting.

Trofi dan sijil penghargaan yang dimenangi.

"Dan selepas melalui emosi terganggu, depresi dan anxiety telah membawa aku ke sini, tahap ini, hari ini! Sabar jelah, sabar jelah dan sabar!," ujarnya.

Anugerah tersebut merupakan penghargaan yang diberikan kepada individu yang berpengaruh di Asia Tenggara.

Ia telah dianjurkan oleh Asean Outstanding Business dan berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Waris

Artikel Sebelum

Mazleela peserta pertama tersingkir GV6

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain