Ikhwan Fatanna suka kaum sejenis? - “Sebenarnya ada juga saya dapat mesej daripada lelaki” - Hiburan | mStar

Ikhwan Fatanna suka kaum sejenis? - “Sebenarnya ada juga saya dapat mesej daripada lelaki”

Ikhwan enggan membalas mesej daripada peminat lelaki yang cuba mendekatinya.

SUDAH menjadi lumrah dunia hiburan, selebriti akan didekati oleh pelbagai golongan peminat tanpa mengira usia dan jantina.

Penyanyi Ikhwan Fatanna Mokhtar, 29, yang terkenal dengan lagu-lagu ketuhanan turut tidak terkecuali daripada menerima godaan peminat termasuk kaum lelaki di Instagram.

Namun menurut Ikhwan, dia hanya akan membiarkan sahaja tanpa membalas mesej yang seakan cuba mendekatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu 'Bismillah' Disangka Nyanyian Wanita

"Memang ada yang mesej di Instagram dan ada juga yang siap hantar mesej menerusi email saya. Kebanyakan mesej itu daripada peminat wanita yang ingin berkenalan dengan saya.

Ikhwan masih mencari pasangan hidup.

"Sebenarnya ada juga saya dapat mesej daripada lelaki. Itu yang saya berasa pelik. Selalunya kalau lelaki mesej tanya mengenai muzik atau lelaki.

"Tapi ada juga lelaki yang bertanya mengenai peribadi, seakan nak cuba mendekati saya. Dah boleh baca, memang rasa lain dan saya memang tidak akan balas," katanya kepada mStar.

Ikhwan ditemui ketika acara Megaklinik Zahran Fun Run Heart For Heart, di Megaklinik Zahran Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bismillah ini menafikan dirinya meminati kaum sejenis gara-gara jarang berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

Walaupun ada orang kata suara saya seperti wanita tapi saya masih normal dan menyukai kaum wanita.

IKHWAN FATANNA

Penyanyi

Ikhwan turut mendedahkan dia pernah melalui fasa gagal dalam percintaan sehingga mengganggu kehidupan hariannya.

"Walaupun ada orang kata suara saya seperti wanita tapi saya masih normal dan menyukai kaum wanita. Saya pernah berkenalan dengan orang sebelum ini tapi hubungan itu tak berjaya.

"Tapi tidak la sampai fobia cuma buat masa kini saya nak fokuskan pada kerja sebab apabila gagal dalam percintaan, ia akan mengganggu konsentrasi saya.

"Dalam masa sama, saya akan terus mencari individu terbaik untuk jadi teman hidup dan sudah tentu terbuka untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja," ujarnya.

Ikhwan Fatanna

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain