“Setiap minit dalam bilik bersalin, setiap kesakitan yang saya lalui asyik teringat-ingat” - Elfira Loy dedah nama dan wajah anak sulungnya

Elfira berkongsi wajah serta nama anak di Instagram.

PELAKON Elfira Loy mendedahkan wajah dan mengumumkan nama bayi yang baharu dilahirkannya pada Selasa iaitu Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, meluahkan perasaan syukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu secara normal dengan berat 3.68 kilogram.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Elfira Loy selamat jadi ibu kepada bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: “Kerja complain je kat mama” - Nada suara ‘malas nak layan’ suami Elfira Loy jadi bahan netizen buat spekulasi hal rumah tangga

"Semalam tidur bagai dibuai mimpi... setiap minit dalam bilik bersalin, setiap kesakitan, setiap momen yang saya lalui asyik teringat-ingat.

Berita mengenai kelahiran itu turut dikongsi adik perempuan Elfira di laman Instagram.

"Ya Allah macam tak percaya.

"Ianya bayi lelaki... Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.

"Lahir semalam, pada 1 Oktober 2019 pada pukul 5.40 petang seberat 3.68 kilogram, normal," katanya.

Elfira berkongsi perkara itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Hidup terasa lengkap dan hati ini penuh rasa sayang. Love you my babyboy,

ELFIRA LOY

Pelakon

Dalam pada itu, Elfira berkata, dia berasa gembira malah hidupnya kini lengkap dengan kehadiran cahaya mata pertamanya itu.

"Terima kasih ya Allah, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang mendoakan kami.

"Alhamdulillah, kami bersyukur dikurniakan bayi lelaki yang sihat.

"Hidup terasa lengkap dan hati ini penuh rasa sayang. Love you my babyboy," tulisnya.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

Elfira Loy, anak

Artikel Berkaitan

Artikel Lain