suria

Nabil Mahir ulas komen ‘I Love You’ di IG Ayda Jebat - “Kenal dah lama tapi baru beberapa bulan rapat”

Nabil enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Ayda Jebat.

KEAKRABAN hubungan pengacara Nabil Mahir dan penyanyi Ayda Jebat mula dihidu peminat apabila mereka berdua kerap memuat naik foto bersama di laman sosial Instagram.

Mengakui sedang mengenali hati budi masing-masing, Nabil berkata dia selesa berkawan rapat dengan penyanyi itu namun masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai status hubungan mereka.

"Sekarang ini kami berkawan dan sedang mengenali antara satu sama lain, kalau orang nak cakap lebih daripada itu saya tak boleh nak komen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Diam tak bermaksud salah” - Nabil Mahir dituduh cuba jadi mangsa keadaan

"Buat masa ini saya meletakkan hal peribadi sebagai sesuatu yang peribadi dan apa yang boleh saya kata kami memang berkawan," katanya kepada mStar.

Bekas pengacara program HLive ini ditemui pada Sidang Media Jalinan Kerjasama antara Digital Content Connection (DCC) dan Ace Pictures di Palace of the Golden Horses, pada Selasa.

Jalinan usahasama antara DCC dan produksi filem Ace Picture.

Dalam program tersebut DCC dan Ace Picture bergabung bagi menyediakan dana buat penerbit dan pengarah untuk bekerjasama bagi menjayakan projek perfileman.

Sementara itu, bekas kekasih kepada Sarah Hildebrand ini berkata dia sudah mengenai Ayda sejak beberapa tahun lalu namun hubungan mereka mula rapat sejak beberapa bulan lepas.

Ceritanya, kalau tengok pada kapsyen Ayda mencabar orang (pengikut) untuk katakan ‘I love you’. Jadi saya salah seorang yang ucapkannya. Tapi kenapa bila saya kena, orang lain tak kena?

NABIL MAHIR

Pengacara

Kata Nabil, penyanyi lagu Temberang itu memiliki karakter yang sama dengannya sekaligus membuatkan hubungan mereka jadi lebih rapat.

"Kami dah kenal lama cuma tak rapat, beberapa bulan lepas baru kita kenal rapat. Ayda seorang yang gila-gila dan dalam masa sama dia serius dengan kerjaya.

Sedang bercinta dengan Ayda Jebat? Nabil enggan berkongsi mengenai perkara peribadi.

"Lebih kurang sama dengan saya, jadi kami boleh masuk. Kami pun selalu jumpa dan sekadar lepak-lepak macam kawan-kawan lain," ujarnya.

Ditanya mengenai komen 'I Love You' yang ditulis pada komen Instagram Ayda Jebat, Nabil berkata ia hanyalah komen usikan biasa yang dilakukan sebagai seorang kawan.

"Kalau ada perasan, menerusi Instagram misalnya, apa yang saya buat adalah sama untuk rakan-rakan. Jadi tiada istilah saya melebihkan dia atau sesiapa. Semua sama saja.

"Ceritanya, kalau tengok pada kapsyen Ayda mencabar orang (pengikut) untuk katakan ‘I love you’. Jadi saya salah seorang yang ucapkannya. Tapi kenapa bila saya kena, orang lain tak kena?," katanya.

Ayda Jebat, Nabil Mahir

Artikel Lain