Adzrin didakwa besar kepala - “Saya ada masalah pengangkutan dan tiada penerangan mengenai rakaman itu” - Hiburan | mStar

Adzrin didakwa besar kepala - “Saya ada masalah pengangkutan dan tiada penerangan mengenai rakaman itu”

Adzrin menafikan dirinya bersikap diva atau besar kepala.

PESERTA Big Stage 2019, Adzrin menafikan dirinya semakin besar kepala atau bersikap diva sehingga tidak mematuhi jadual kerja yang diaturkan pihak produksi.

Adzrin Ameruddin, 19, berkata isu ini timbul kerana salah faham dan dia sebagai penyanyi baharu masih dalam proses pembelajaran terutamanya hal berkaitan masa.

"Sebenarnya tak ada istilah diva, hanya salah faham di antara saya dan beberapa pihak membabitkan sebuah program.

ARTIKEL BERKAITAN: Han-Byul, Neeta tepati ramalan ke final… Fieya Julia, Kucaimars tersingkir di Big Stage!

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bukan nak duit atau popular, ia berkaitan hak cipta” - Drama 'Bukan Cinta Aku' didakwa guna lagu tanpa kebenaran

"Semasa itu saya ada sedikit masalah berkaitan pengangkutan ke lokasi penggambaran dan tidak mendapat penerangan lengkap mengenai rakaman tersebut.

"Saya dah minta maaf kepada mereka yang terlibat dan ini merupakan pengajaran untuk saya selepas ini supaya lebih peka dan mengambil serius mengenai tugasan yang diberi," katanya kepada mStar.

Adzrin menjelaskan mengenai salah faham membabitkan dia dengan pihak produksi.

Adzrin ditemui selepas konsert separuh akhir Big Stage 2019 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Ahad lalu.

Sebelum itu, timbul khabar angin kononnya Adzrin tiba lewat di set penggambaran untuk promosi sebuah program.

Ini hanya salah faham dan harap ia tak menjejaskan karier saya, saya pun dah minta maaf pada pihak terbabit dan terangkan apa yang berlaku!

ADZRIN

Penyanyi

Malah, dia juga didakwa bersikap sambil lewa dan tidak serius ketika sesi rakaman itu berlangsung.

Sementara itu, penyanyi lagu Bukan Yang Terbaik ini berharap isu tersebut tidak menjejaskan karier seninya memandangkan dia masih baharu dalam bidang ini.

Adzrin bersama seorang lagi peserta Big Stage 2019, Irfan Haris.

"Ini hanya salah faham dan harap ia tak menjejaskan karier saya, saya pun dah minta maaf pada pihak terbabit dan terangkan apa yang berlaku.

"Insya-Allah selepas ini saya akan lebih peka dengan kerja dan jadikan ia sebagai pengajaran," ujarnya.

Bercakap mengenai Big Stage 2019, Adzrin mengakui teruja dan bersyukur apabila layak tersenarai sebagai lima finalis akhir.

Berada di peringkat akhir merupakan impiannya dan dia berjanji akan melakukan yang terbaik dalam persembahannya itu nanti.

Lima penyanyi yang layak ke pentas akhir Big Stage 2019.

"Alhamdulillah tak sangka sampai tahap ini kerana semuanya hebat-hebat, jadi saingan sangat sengit, tapi Allah bagi saya rezeki ini.

"Harapan saya untuk mara ke peringkat akhir sangat besar dari minggu pertama lagi dan inilah saat yang saya nantikan.

"Saya akan buat yang terbaik dan kalau ditakdirkan hanya menang tempat kedua atau ketiga pun dah cukup besar untuk saya," katanya.

Selain Adzrin, empat lagi peserta yang layak ke Konsert Akhir Big Stage 2019  ialah Han Byul, Neeta, Dinda Permata dan Irfan Haris.

Adzrin , Big Stage 2019

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain