suria

“Penghargaan antarabangsa dan tertinggi dalam karier aku” - Jaket dan 'mic stand' Amy Search jadi pameran di Hard Rock Hotel

Pakaian Amy Search ketika persembahan sebuah konsert dipamerkan di Hard Rock Hotel.

ANGAN-ANGAN penyanyi rock Amy Search untuk melihat namanya di dinding Hard Rock tercapai apabila rangkaian jenama kafe dan hotel popular itu mengabadikan pakaian dan 'mic stand' miliknya sebagai barang pameran di Hard Rock Hotel, Desaru Resort, Johor.

Menurut Amy, pakaian dan mic stand tersebut digunakan ketika konsert Jelajah Fenomena 30 tahun Search 2011.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Amy Search tak muncul di pengebumian Yazit, ada komitmen kerja di Indonesia


Baju dan mic stand yang dipamerkan di Hard Rock Hotel.

"Alhamdulillah... Ini adalah sebuah moment epik, saat yang aku idamkan. Waktu pertama kali kunjungi Hard Rock melihat memorabilia artis-artis di dinding berangan dalam hati memorabilia aku turut berada di dinding itu.

Waktu pertama kali kunjungi Hard Rock melihat memorabilia artis-artis di dinding berangan dalam hati memorabilia aku turut berada di dinding itu.

AMY SEARCH

Penyanyi

"Terima kasih Hard Rock Desaru Coast, Johor kerana mengabadikan salah satu koleksi costume dan nuckle head mic stand kenangan yang indah sewaktu konsert Jelajah Fenomena 30thn Search 2011," ujarnya.

Amy meluahkan perasaan terharu di laman sosialnya pada Isnin.

Amy turut menyifatkan ia sebagai kenangan terindah dan pengiktirafan bertaraf antarabangsa dalam kerjaya nyanyiannya.

Dia juga berharap peninggalannya itu bakal menjadi kenangan untuk generasi akan datang.

"Ia menjadi ikonik rock roll trademark Hard Rock Hotel Desaru Coast, Johor. Apa yang membanggakan aku, aku memperoleh sebuah penghargaan bertaraf antarabangsa dan tertinggi dalam karier aku.

"Walaupun penghargaan ini bukan dari negeri Johor, kebetulan aku budak Johor dan penghargaan ini diberi di negeri kelahiranku! Exclusive hanya di Hard Rock Hotel Johor, tidak di tempat lain. Ini peninggalan aku untuk generasi Rock n Roll seterusnya," ujarnya.

Amy Search

Artikel Lain