Bawa watak OKU, lakonan Mira Filzah dibandingkan dengan Sheila Rusly - “Dia pelakon hebat, saya masih belajar”

Mira kagum drama Sweet Dreams berjaya menarik minat orang ramai untuk mempelajari bahasa isyarat. Foto Instagram @mfmirafilzah

PELAKON Mira Filzah menyedari lakonannya sebagai orang kelainan upaya (OKU) dibandingkan dengan lakonan pelakon dan penerbit Sheila Rusly menerusi drama Pia.

Mengakui kelemahan itu, Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, berkata watak sebagai gadis bisu dalam drama Sweet Dreams merupakan sebahagian proses untuk dia memperbaiki mutu lakonan.

"Orang (penonton) memang akan terus membuat perbandingan tapi bagi saya pelakon (Sheila) memang hebat... itu kita tak boleh sangkal!

ARTIKEL BERKAITAN: “Patut belajar lebih banyak bahasa isyarat” - Mira Filzah ditegur lakonan sebagai orang bisu tak menjadi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya memang tampar dia betul-betul” - Pelempang Mira Filzah hinggap ke muka Zul Ariffin

"Pengalaman kami pun jauh berbeza dan sekarang ini saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki cara lakonan.

"Dari sudut positif, lebih ramai orang alert dan ikut belajar bahasa isyarat, saya sendiri sebelum ini tak tahu dunia mereka, selepas dapat tunjuk ajar, saya mula belajar satu perkara baru," katanya kepada mStar.

Lakonan Mira dan Ben menerima pujian ramai penonton.

Mira ditemui semasa tayangan perdana filem Sangkar yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Sebelum ini lakonan Mira sebagai gadis OKU menerima kritikan penonton yang berpendapat pelakon itu sepatutnya mempelajari lebih banyak bahasa isyarat supaya watak Putri yang dilakonkan olehnya kelihatan lebih realistik seperti dilakukan oleh pelakon Sheila Rusly dalam drama Pia (TV3).

Bagaimanapun, Mira memberitahu pihak produksi sudah menyediakan guru untuk melatih dan mengajarnya menggunakan bahasa isyarat.

Ditanya mengenai gandingannya bersama Ben Amir, Mira berkata aktor tersebut pada awalnya seorang yang pemalu.

Mira semasa tayangan filem pertama lakonannya berjudul Sangkar, baru-baru ini.

Namun, dia berjaya mencipta hubungan melalui komunikasi di set penggambaran dibantu dengan sokongan pengarah iaitu Michael Ang mewujudkan keserasian antara mereka.

"Sebenarnya Ben sangat pemalu, saya kena mulakan dahulu perbualan sebab kalau tak... sampai ke sudahlah tak bercakap.

"Michael juga banyak membantu. Dia menjaga semua benda dengan begitu terperinci sehingga semuanya jadi bagus. Bagi saya untuk wujudkan chemistry, komunikasi itu paling penting untuk setiap pelakon.

Pelakon utama filem Sangkar; Zul Ariffin, Mira Filzah dan Remy Ishak.

"Alhamdulillah drama ini menerima sambutan penonton dan trending setiap hari," ujarnya.

Bercakap mengenai filem Sangkar, Mira membawa watak Lea iaitu adik kepada Johan lakonan Remy Ishak.

Selain Mira dan Remy, filem Sangkar arahan Kabir Bhatia turut menampilkan pelakon hebat lain antaranya Zul Ariffin, Nik Adam Mika, Aman Graseka, Fadlan Hazim, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 29 Ogos ini.

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain