suria

Musim BBNU tayang kereta mewah, peminat kata 4X4 Naim Daniel “seksi teruk!”

Haqiem dan Naim Daniel bersama kereta baharu yang dibeli oleh mereka.

SELEPAS penyanyi Ismail Izzani dan Haqiem Rusli berkongsi kereta mewah masing-masing di Instagram, kali ini tiba pula giliran Naim Daniel berbuat demikian!

Menerusi laman tersebut, penyanyi lagu Sumpah itu memuat naik foto bersama kereta jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger.

Menurut Naim, 21, kereta berwarna hitam itu merupakan kenderaan kedua yang dibeli olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani tayang kereta mewah hasil tiga tahun jadi artis… “Bukan riyak, cuma kongsi dengan peminat”

"Second baby. Alhamdulillah," tulisnya di Instagram pada Isnin.

Rata-rata pengikut turut teruja dengan perkongsian Naim itu dan mengucapkan tahniah dengan rezeki tersebut.

Ramai peminat turut menyukai kereta yang dibeli oleh Naim ini.

"Tahniah... nak tumpang boleh?

"Alhamdulillah, terbaiklah Naim... tahniah untuk baby kedua ini.

"Bukan biasa-biasa, nampak hebat macam kamu. Seksi teruk!," komen pengikut.

Hasil carian di laman rasmi Ford Malaysia mendapati kereta tersebut dijual bermula pada harga RM199,000.

Pengikut meninggalkan komen memuji kereta baharu Naim Daniel.

Penghujung Jun lalu, penyanyi Ismail Izzani berkongsi keterujaan bakal memiliki sebuah kereta mewah jenama Mercedes.

Dia memuat naik beberapa rakaman video sesi pandu uji kereta mewah berwarna putih itu sehinggakan menerima pelbagai komen daripada netizen.

Tidak mahu kalah, pada minggu lalu penyanyi Haqiem Rusli turut bergambar dengan sebuah kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV).

Foto yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya itu kelihatan seperti Haqiem baru sahaja memiliki kereta jenama Range Rover berwarna putih.

Selepas Mitsubishi Lancer, adakah kereta Range Rover putih ini kereta baharu Haqiem Rusli?

Menerusi kapsyen, Haqiem seperti memberi bayangan bahawa kenderaan itu adalah miliknya dan mengajak peminat keluar bersama pada malam itu.

"Free tonight?" tulisnya.

Malah, rata-rata pengikutnya menyangka ia kereta baharu yang dimiliki penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian Haqiem memadam kapsyen tersebut.

Artikel Lain