suria

“Berhentilah tanya bila nak kahwin” - Ruhainies mula tertekan, minta netizen fokus pada kerjaya seni

Ruhainies mahu peminat fokus pada perjalanan karier seninya. Foto Instagram: @ruhainies.

PELAKON Ruhainies mengakui dia mula berasa tertekan apabila kerap menerima pertanyaan mengenai perkahwinan sejak akhir-akhir ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, dia cuba untuk tidak berkongsi mengenai kisah peribadi kerana bimbang peminat akan mula bosan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sedia dedah wajah Mr E, Ruhaines tak mahu kekasih terima tempias selebriti

"Sebenarnya soalan-soalan bila nak kahwin ini memberi tekanan juga pada saya. Bila orang dah tahu saya ada kekasih, mereka mula tanya fasal kahwin pula.

Ruhainies dan kekasihnya belum ada tarikh untuk berkahwin.

"Kalau boleh, saya memang tak nak berkongsi mengenai kisah peribadi pada umum. Sebelum ini pun, saya terpaksa beritahu ada kekasih sebab ada yang bertanya.

"Saya tak nak orang rimas disebabkan terlalu banyak cerita peribadi berbanding kerjaya seni saya," kata Ruhainies kepada mStar.

Ruhainies sebelum ini mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr E sejak tahun lalu.

Dalam pada itu, Ruhainies berharap selepas ini peminat lebih fokus kepada perjalanan kariernya berbanding kehidupan peribadinya.

Ruhainies mahu beri laluan kepada kakaknya yang akan berkahwin pada November depan.

Menurut Ruhainies, dia mahu memberi laluan kepada kakaknya yang juga pelakon Risteena Munim yang bakal berkahwin pada bulan November depan.

"Saya harap sangat selepas ini, semua orang boleh fokus pada perjalanan karier seni saya pula dan tak perlu lagi tanya fasal kahwin.

"Insya-Allah bila tiba masanya, mesti saya akan berkongsi pada umum. Lagipun, saya nak utamakan kakak yang akan melangsungkan perkahwinan pada November depan," ujarnya.

Ruhainies, Risteena Munim

Artikel Lain