“Nasib baik sempat peluk selamatkan anak” - Danny X-Factor kongsi detik rumah dipukul ribut - Hiburan | mStar

“Nasib baik sempat peluk selamatkan anak” - Danny X-Factor kongsi detik rumah dipukul ribut

Danny bersyukur tiada sebarang kecederaan akibat daripada insiden itu.

SAMBUTAN Aidilfitri penyanyi Danny X-Factor terjejas apabila rumah keluarganya di Taman Perumahan JPN, Pasir Mas, Kelantan mengalami keroskan akibat dipukul ribut.

Menurut Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 39, dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan anaknya, Ebrahim Danie yang baru berusia tiga bulan dalam kejadian mengejutkan itu.

“Ia berlaku begitu pantas, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi kuat di luar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Danny timang anak lelaki selepas 7 tahun

"Nasib baik saya sempat peluk dan selamatkan anak,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Keadaan bumbung rumah selepas dipukul ribut.

Cerita Danny lagi, kejadian ribut kencang kira-kira 10 minit itu disusuli hujan lebat.

“Hampir separuh bumbung rumah terbang ditiup angin kencang. Hujan juga lebat, rumah pun dah masuk air hujan," kata Danny.

Tambah Danny lagi, beberapa buah rumah di kawasan itu juga turut menerima nasib yang sama.

“Syukur tak ada siapa yang tercedera. Tapi ada ada beberapa buah kereta yang rosak akibat terkena serpihan kayu dan bumbung,” katanya.

Danny X-Factor

Artikel Lain