“Raya tahun ini tanpa datuk dan Adam” - Neelofa luangkan masa bersama nenek di Kelantan - Hiburan | mStar

“Raya tahun ini tanpa datuk dan Adam” - Neelofa luangkan masa bersama nenek di Kelantan

Neelofa beraya bersama keluarganya di kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan.

SELEBRITI terkenal Neelofa mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak seperti tahun-tahun selalu berikutan kehilangan beberapa ahli keluarga yang meninggal dunia pada tahun ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata dia dan keluarga mahu memastikan dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama nenek di Kelantan.

"Alhamdulilalah saya sempat juga berpuasa dengan nenek selama dua hari di Kelantan sebelum menyambut hari raya Aidilfitri. Tahun ini memang ramai ahli keluarga balik ke kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: “Adam... Kamu akan sentiasa diingati dan dirindui” - Neelofa simpan kenangan bersama Adamdidam buat selamanya

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Neelofa meninggal dunia


Datuk kepada neelofa meninggal dunia pada tahun lalu.

"Kami berkumpul dan akan menziarahi kubur beberapa orang ahli keluarga yang sudah pergi. Tahun ini sambutan raya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini memandangkan kami kehilangan ramai ahli keluarga.

"Insya-Allah memang perancangan nak sepenuh masa bersama nenek untuk sambut hari raya di kampung," kata Neelofa kepada mStar.

Pengacara program MeleTOP ini sudah berada di kampungnya semenjak Ahad lalu dan akan berada di sana selama beberapa hari.

Sebelum ini, datuk kepada Neelofa iaitu Noor Mohamed meninggal dunia pada 21 November tahun lalu dan baru-baru ini juga pelakon drama Red Velvet kehilangan sepupunya yang juga cef selebriti, Chef Adamdidam pada 19 Mei lalu.

Neelofa dan seluruh keluarganya reda dengan pemergian Adam.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia dan seluruh keluarganya reda melepaskan Adam selepas tidak sanggup melihat cef selebriti itu menangung kesakitan.

"Adam dah sakit lebih setahun yang lalu. Masa dia mula-mula sakit tu, tak ramai ahli keluarga yang tahu sampailah setengah tahun dia sakit, baru kami diberitahu dia sudah beberapa kali ke hospital untuk menjalani rawatan.

"Saya melihat perubahan dia dari masa ke semasa memang sangat teruk. Sampailah kami semua dah reda untuk lepaskan dia sebab tak sanggup nak tengok dia sakit," ujarnya.

Adam atau nama sebenarnya Adam Mohamed Ismail meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru pada 19 Mei lalu di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan.

Neelofa , Adamdidam

Artikel Lain