"Kalau sumbang tegurlah secara peribadi" - Datuk Mokhzani akui nyanyi ‘live’ ada pasang surutnya - Hiburan | mStar

"Kalau sumbang tegurlah secara peribadi" - Datuk Mokhzani akui nyanyi ‘live’ ada pasang surutnya

Mokhzani mengakui artis muda seperti Khai Bahar, Ara Johari dan Sufian Suhaimi kini mendominasi zaman.

PENGARAH muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail berpendapat adalah tidak wajar untuk memberi komen negatif secara terbuka terhadap suara penyanyi yang membuat persembahan secara langsung.

Mokhzani yang juga salah seorang juri Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) memberi pandangan peribadi menerusi laman facebook itu berkata, perkara itu hanya akan mencetuskan perbalahan di laman sosial.

"Bagi saya senang sahaja, kalau sumbang suruh perelokkan daripada hentam bagi mereka terduduk. Akhirnya akan berlawan sesama sendiri.

"Nak komen secara terbuka mana penyanyi baik, mana yang tak baik, tak akan saya buat secara terang-terangan sebab esok akan berjumpa juga dalam mana-mana persembahan.

"Saya pesan atau bisik-bisik pada dia kalau tidak puas hati nyanyi dengan orkestra kita, tak nak malukan dia sebab semua orang bukan sengaja buat salah," ujarnya di laman sosial Facebook.

Mokhzani menjadi juri separuh akhir Muzik-Muzik dan AJL 33.

Tambah beliau, sebagai individu yang sudah lama berkecimpung dalam industri muzik, sudah pasti dirinya tahu siapa yang bagus atau tidak.

Bagaimanapun, katanya, masalah berkaitan nyanyian sumbang tidak pernah berkesudahan kerana ia bergantung kepada keadaan seseorang artis.

"Saya tahu yang mana penyanyi bagus yang mana tidak. Takkan nak beritahu orang semua. Lebih baik saya bagitahu dan cakap baik-baik pada tuan tubuh.

"Kita hentam sampai terduduk lepas tu ada lagi orang yang sama, jadi ia tak ada kesudahan. Benda sumbang ini memang berlaku dan akan terus berlaku. Nyanyi live ada pasang surut, ia bukan mudah," ujarnya.

Katanya lagi, terdapat beberapa faktor menyebabkan nyanyian tersebut menjadi sumbang termasuklah faktor usia.

"Kadang ada yang tak bagus dulu sekarang dah bagus lepas dia usaha, ada juga yang bagus dulu sekarang sudah 'ke laut'. Sebab faktor umur atau malas nak pertingkat. Bakat orang tak sama tuhan bagi," ujarnya.

Hael dan Dayang merangkul gelaran juara menerusi lagu Haram di AJL33.

Dalam pada itu, Mokhzani turut mengakui sekarang ini merupakan zaman penyanyi baharu seperti Khai Bahar dan Sufian Suhaimi.

Tambahnya, penonton yang tidak sukakan perubahan era ini turut mempunyai pilihan lain jika tidak mahu menyaksikan persembahan mereka.

"Kita tidak suka kita tak boleh nak suruh orang lain tak suka juga. Macam Mat Perlis tu Khai Bahar, saya rasa peminat dia kalau dihimpun lebih dari penduduk negeri Perlis sendiri.

"Ini zaman dia, sudah tentu saya bangga dengan Khai, Sufian dan lain-lain yang muda-muda dan kreatif. Sebenarnya mereka tak kacau hidup kita pun.

"Kita dengar agak-agak tak sesuai alih tukar cerita Tamil ka yang kita tak paham. Tapi kalau cerita Tamil pun kita komplen rasa ada yang tak kena dengan kita ni," tulisnya.

AJL 33 , Datuk Mokhzani Ismail

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain