suria

Farah Nabilah dah pandai ‘tunjuk belang’... ini jawapannya!

Farah Nabilah enggan memanjangkan isu mengenai dirinya bersikap diva.

PELAKON Farah Nabilah menegaskan artikel yang mengatakan dia ada memarahi seorang pengarah yang juga merupakan pengurusnya itu tidak benar.

Bagaimanapun Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 27, berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut.

"Berkenaan dengan artikel tersebut memang tidak benar langsung dan saya tak nak panjangkan cerita ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Nabilah jawab khabar angin sudah bertunang


Farah dikatakan bersikap diva ketika menjalani penggambaran di luar negara.

Farah diminta mengulas mengenai artikel di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia sudah tunjuk belang dan menganggap dirinya seperti bintang nombor satu negara.

Menerusi laporan tersebut, Farah turut didakwa bersikap diva ketika menjalani penggamabran di luar negara oleh sebuah produksi.

Malah, penerbit dan kru produksi tersebut meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan perangai buruk pelakon drama bersiri Titian Cinta ini.

Sebelum ini, Farah dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dalam sebuah majlis pada awal Disember tahun lalu.

Farah Nabilah.

Menerusi laporan mStar Online pada 9 Disember tahun lalu, Farah menafikan khabar angin itu dan menjelaskan foto-foto yang tersebar di media sosial adalah majlis pertunangan sepupunya.

Dalam pada itu, Farah berkata, masih terlalu awal untuk dia memikirkan tentang mendirikan rumah tangga.

Katanya, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Bagi saya masih jauh lagi perjalanan untuk ke arah itu, banyak yang saya ingin capai dalam kerjaya sebelum mendirikan rumah tangga," ujarnya.

Farah Nabilah

Artikel Lain