suria

Gambar ibu suap Naim Daniel makanan buat ramai rindukan emak

Suapan seorang ibu adalah yang paling sedap di dunia!

"RINDU nak mak suapkan..." Itu antara komen yang banyak diterima penyanyi Naim Daniel di Instagram miliknya selepas dia memuat naik gambar memperlihatkan ibunya sedang menyuapkan dia makan.

Walaupun  sudah menjangkau 22 tahun namun gelagat itu mencuit hati selain memperlihatkan hubungan akrab dengan ibunya, Nora Taherah.

Rata-rata memuji sikap Naim yang masih manja dengan ibunya dan menyifatkan ia adalah salah satu sisi baik penyanyi itu yang patut dicontohi.

"Berapa ramai daripada kita yang sudah besar panjang tapi masih manja dengan 'syurga' kita? Tengok gambar mak Naim suapkan dia buatkan aku rindukan ibu.


Ramai memuji sikap manja Naim dengan ibunya.

"Ingatkan saya seorang sahaja yang masih mak suap makan walaupun dah 19 tahun. Suapan mak tu rasa makanan tu lagi sedap. Betulkan?" antara komen peminatnya.

Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin dalam status gambar tersebut memberitahu dia yang kelaparan disuap ibunya selepas pulang daripada penggambaran.

"Baru pulang daripada penggambaran. Malam syura kita, @norataherah suap makan singgang ikan parang. So faiyahhh," katanya.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan peminat wanita mengusik penyanyi itu untuk mengambil alih tugas menyuapnya makan jika mereka bertemu jodoh.

"Insya-Allah kalau kita kahwin nanti saya suapkan awak," tulis peminatnya.

Naim Daniel

Artikel Lain