suria

Dalam hati tidak terdetik untuk terima Fizi Ali - Shakilla Khoriri

Shakilla menerima Fizi selepas melihat kesungguhannya.

PELAKON Shakilla Khoriri berkongsi detik permulaan hubungan dia dengan suaminya yang merupakan penyampai radio Suria iaitu Fizi Ali.

Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 30, berkata dia melihat kesungguhan Fizi yang sanggup melakukan apa sahaja untuknya.

Menurutnya, ketika itu dia tidak terfikir untuk menerima Fizi dan mahu bebas daripada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

"Aku syak masa ni dia gigih tengah 'usha' aku dan sanggup untuk buat apa pun supaya aku cair ibarat mentega dipanaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Koriri dah hamil, Fizi Ali bakal jadi bapa


Shakilla memuat naik foto pertama yang diambil menggunakan telefon Fizi.

"Dalam hati tak terdetik untuk terima dia sebab aku dalam mood 'mencari' dan melihat sekeliling. Atau mungkin lebih tepat aku nak bebas dulu dari apa-apa hubungan," katanya.

Shakilla turut memuat naik foto pertama yang diambil menggunakan telefon pintar Fizi pada malam selepas melihat bungi api sempena kemerdekaan pada 31 Ogos 2015 di laman Instagramnya.

Kata Shakillah, dia terkejut apabila Fizi memuat naik foto tersebut di laman sosial namun beranggapan suaminya baru putus cinta.

"Masa ni tengah malam lepas beberapa minit habisnya bunga api kemerdekaan tahun tu. Aku saja ambil telefon dia ambil gambar sebab aku rasa cantik bila muka aku besar terpampang.

"Mengejutkan dia muat naik dekat Instagram dia dengan kapsyen 'KAMI'. Dalam hati aku, eceh... ceh... Aku buat biasa dan syak dia saja buat macam tu memandangkan dia pun baru putus bercinta," ujarnya.

Pasangan ini bakal menyambut cahaya mata pertama pada Februari.

Namun, pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini akhirnya memberi peluang selepas melihat ada sesuatu yang istimewa dalam diri Fizi yang sentiasa berusaha untuknya.

"Selepas saat tu lebih banyak usaha dan lebih banyak perkara-perkara yang dia buat untuk aku sampai satu ketika aku rasa ada sesuatu istimewa dalam diri dia yang patut aku bagi peluang.

"Dan bermula kisah yang rasanya terlalu panjang untuk diceritakan. Pahit, manis, ketawa, menangis yang aku lalui dengan dia sebagai KAWAN sebelum aku betul-betul terima dia dalam hidup aku," ujarnya.

Shakilla dan Fizi atau Muhd Hafizudin Alimudin, 29, berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada Februari depan.

Shakilla Khoriri, Fizi Ali

Artikel Sebelum

Artikel Lain