suria

Cermin mata ikonik Hael Husaini dipamerkan di Hard Rock Hotel

Hael Husaini bergambar dengan cermin mata hitamnya yang digayakan ketika Anugerah Juara Lagu 2017. Foto Instagram @haelhusaini

CERMIN mata hitam ikonik yang digayakan penyanyi dan komposer Hael Husaini ketika Anugerah Juara Lagu 2017 (AJL2017) terpilih untuk diabadikan sebagai barangan pameran di Hard Rock Hotel, Desaru Resort, Johor.

Hael menyifatkan pemilihan barangan peribadinya untuk dipamerkan di hotel itu sebagai satu penghormatan buat dirinya.

"Ia satu penghormatan menjadi salah seorang selebiriti yang membuat penampilan di Hard Rock. Terima kasih @hrhdesarucoast untuk pengiktirafan ini," katanya di Instagram.

Hael menyifatkan ia penghormatan buat dirinya apabila barangan peribadinya terpilih untuk dipamerkan di Hard Rock Hotel.

Pada AJL 2017, Hael muncul sebagai juara menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong berjudul Jampi.

Dalam pada itu, Hael bersama penyanyi Wany Hasrita dan kumpulan legenda, Allycats turut tampil mengadakan persembahan istimewa bersempena sambutan tahun baru 2019 di Desaru Coast Malaysia.

Selain itu, penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna turut diundang bagi menghiburkan pengunjung Hotel Hard Rock Desaru.

Artikel Lain