Gaya turban kritikan paling buruk diterima Yuna termasuk dimalukan rancangan TV - Hiburan | mStar

Gaya turban kritikan paling buruk diterima Yuna termasuk dimalukan rancangan TV

Yuna memberitahu dia pernah mendapat kritikan yang hebat kerana gaya turban digayakan. Foto Instagram @yunamusic

PENYANYI Yunalis Zarai atau Yuna mendedahkan gaya turban yang menjadi identitinya sejak lima tahun lalu adalah antara kritikan paling buruk pernah diterimanya.

Yuna, 32, ketika menjawab soalan peminat di InstaStory berkata, selain kritikan negatif dia juga pernah menerima komen berunsurkan perkauman dan seksis daripada masyarakat.

"Ketika mula-mula saya memakainya sejak lima tahun lalu tidak banyak wanita Melayu yang mengenakan gaya sama dan saya pernah mendapat pelbagai kritikan daripada orang ramai termasuk komen berunsur perkauman dan seksis.

"Ia sukar tetapi saya tidak mengalah - turban adalah lapisan lain kepada identiti saya dan saya gembira tidak termakan dengan aura negatif," tulisnya.

Malah kata Yuna, kerana gayanya itu dia pernah dimalukan menerusi sebuah program televisyen di Malaysia kerana gayanya itu.

Yuna menjawab soalan pengikutnya di Instagram berhubung gaya turbannya.

Menjawab soalan lain berhubung stailnya itu kini banyak ditiru oleh orang lain, Yuna berkata, dia melihat perkara itu dari sudut positif.

Ini kerana kata penyanyi lagu Terukir Di Bintang ini, gaya itu sudah menjadi stail peribadinya yang melambangkan identiti, kepercayaan, kerjaya dan kehidupannya walaupun pernah dikritik.

"Ia terpulang bagaimana anda melihat kepada sesuatu perkara itu. Meniru itu tidak baik tetapi saya suka untuk melihatnya secara positif.

"Saya tidak kisah orang meniru gaya saya kerana saya yang menghabiskan banyak masa, cari fabrik, berlatih untuk memakai turban dengan betul.

"Banyak kajian dan saya yang memberanikan diri untuk tampil stail peribadi yang sesuai dengan identiti, kepercayaan, kerjaya dan kehidupan di sebalik kritikan dan cabaran yang perlu saya hadapi di Malaysia dan Amerika Syarikat," katanya.

Yuna

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis