Aliff Syukri bagi hadiah tak sebut harga, Vida patut macam tu! - Hiburan | mStar

Aliff Syukri bagi hadiah tak sebut harga, Vida patut macam tu!

Aliff berasakan tidak wajar menyebut harga hadiah tambahan yang diberi penaja. Foto Instagram: @aliffsyukriterlajaklaris

ISU mengenai barang kemas pemberian Datuk Seri Vida (DSV) kepada penyayi Aishah belum kesudahan Datuk Seri Aliff Syukri pula berpendapat Vida selaku penaja Gegar Vaganza 4 (GV4) tidak wajar menyebut harga rantai yang diberikan kepada pemenang rancangan tersebut.

Menurut Aliff, jika ia hanyalah hadiah tambahan adalah lebih baik penaja tidak menyatakan harga dan nilai kerana ia boleh disalah anggap orang ramai.

"Saya rasa seelok-eloknya kalau hadiah tambahan tidak disebut harga kerana bimbang timbul masalah di kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlian palsu hadiah Datuk Vida, mesin pengesan tak berbunyi - Aishah

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan sudah diaudit, Vida tiada kuasa tarik kemenangan Aishah - Astro

"Semasa saya menaja beberapa program hiburan, saya ada juga beri hadiah peribadi tapi tak sebut harga dan kalau beritahu harga sekalipun saya akan cakap dengan nilai yang sebenar.

"Secara peribadi untuk kes DSV ini saya tak mahu komen lebih kerana tak tahu apa masalah beliau dan kena dengar cerita kedua-duanya dahulu," katanya kepada mStar Online.

Aliff minta Vida dan Aishah duduk berbincang secara profesional.

Sebelum ini, Aliff pernah menaja beberapa program hiburan antaranya AF Megastar, Gempak Superstar dan Dai Pendakwah Milenia.

Pada Sabtu lalu Aishah selaku juara GV4 mendedahkan mengenai ketulenan barangan kemas yang dimenanginya selain masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai pertandingan itu.

Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila pemeriksaan di kedai barang kemas mendapati barang kemas tersebut bukan asli dan tidak mempunyai nilai.

Dalam pada itu, Aliff Syukri mengakui terkejut apabila mengetahui mengenai kontroversi ini.

Bagaimanapun, dia lebih selesa mengambil sikap berkecuali dan meminta mereka berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Sejujurnya, saya terkejut apabila mendapat tahu tentang hal ini dan tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak kerana saya kenal mereka berdua.

"Nasihat saya lebih baik mereka duduk berbincang serta selesaikan dengan cara profesional dan jangan hanya berlawan melalui media.

"Jangan biarkan isu ini terus berlarutan kerana ia tidak membawa kebaikan, masing-masing ada peminat dan tak mahulah perbalahan berpanjangan," ujarnya.

Menerusi laporan mStar Online pada pada Isnin lalu Aishah meminta penaja program hiburan bersikap jujur dan tidak menipu mengenai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang.

Dia terkilan apabila mengetahui rantai berlian bernilai RM80,000 yang merupakan hadiah bonus tajaan daripada Vida adalah tidak bernilai dan bukan berlian asli.

Aliff Syukri , Aishah , Datuk Seri Vida

Artikel Berkaitan

Artikel Lain