suria

Azri (AF9) ‘hilang’ selepas keluar penjara kerana malu badan semakin ‘besar’

Azri memuat naik gambar terbaharunya di Instagram.

SEMENJAK dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara pada Mei lalu, bekas peserta Akademi Fantasia 9 (AF9), Azri dilihat menyepi daripada radar dunia hiburan termasuk di Instagram miliknya.

Pemilik nama sebenar Mohammad Azri Abdullah, 31, ini bagaimanapun pada Jumaat membuat kejutan apabila memuat naik gambar terkininya di laman sosial itu yang memperlihatkan berat badannya meningkat secara mendadak.

Jelas Azri pada kapsyen gambar itu, faktor fizikalnya menjadi penyebab kepada kehilangannya kerana berasa malu dengan perubahan pada diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti orang pukul... jangan pergi!” Ibu meraung Azri (AF9) dipenjara cederakan anak tiri

ARTIKEL BERKAITAN: Azri (AF9) bebas, serik meringkuk dalam penjara


"Jarang kemas kini aktiviti di Instagram bukan tak nak update tapi malu dengan perubahan pada diri.

"Ye la semenjak berkahwin dan ada tanggungjawab pada anak-anak dan isteri masa untuk diri sendiri jarang dapat maka hari ini saya akan kemas kini perubahan pada diri... Ini keadaan diri saya sekarang," tulisnya.

Sebelum ini, Azri didapati bersalah atas tuduhan mencelup kedua-dua tangan anak perempuan tirinya di dalam air panas sehingga menyebabkan kanak-kanak itu dimasukkan ke wad selama 19 hari.

Penyanyi itu dipenjara selama 14 hari dan denda sebanyak RM5,000.

Azri bersama isteri dan anak-anak. 

Azri berkahwin dengan penyanyi Salma pada 31 Jan 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Azri memberitahu dia menyedari perubahan pada dirinya selepas Salma mengambil gambarnya.

Kata Azri dia sudah tiga tahun tidak ke pusat kecergasan selain tidak menjaga pemakanan menjadi punca peningkatan mendadak berat badannya.

"Bila isteri amilkan gambar tengok perubahan diri tak sangka dah besar sangat badan.

"Makan pun tak jaga. Mana taknya, anak-anak dengan bini tak habis makan hah! Siapa yang habiskan? Aku juga haha," tulisnya.

Azri AF9

Artikel Lain