Ruffedge bersatu semula selepas 10 tahun hilang - Hiburan | mStar

Ruffedge bersatu semula selepas 10 tahun hilang

Ruffedge merancakkan kembali dunia hiburan apabila bakal mengadakan konsert selepas 10 tahun menyepi pada Ogos depan.

KUALA LUMPUR: Kumpulan  Hip Hop R&B, Ruffedge bakal mengubat rindu peminat apabila bakal mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-20 kumpulan mereka yang akan berlangsung pada 4 Ogos depan.

Salah seorang anggotanya, Sein, 35, berkata, konsert diberi nama Ruffedge: 20th Anniversary itu diadakan bagi memenuhi impian peminat selain mengeratkan silaturahim dengan penyokong-penyokong sepanjang penglibatan mereka sebagai anak seni.

"Selepas 10 tahun kami tidak muncul sebagai Ruffedge disebabkan masing-masing mempunyai kerjaya serta komitmen. Ini kali pertama kami bakal mengadakan konsert.

Ruffedge mempunyai pengikut tersendiri yang menggemari muzik Hip Hop dan R&B.

"Alhamdulillah kali ini kami ada rezeki dapat berkumpul semula. Peminat pun sentiasa tanya bila kami nak adakan konsert.

“Jadi, konsert ini kami adakan untuk berkongsi kasih sayang dan mengeratkan lagi silaturahim dengan penyokong-penyokong kami selain untuk menarik peminat baru Ruffedge,” kata Sein kepada mStar Online.

Selain Sein, Ruffedge turut dianggotai oleh Mode, 43, Cat Farish, 44, Zain Hamid, 40 dan Azan Addin, 44.

Mereka ditemui ketika majlis pengumuman konsert itu di Black Box, Publika, di sini pada Rabu.

Kumpulan terkenal ini bakal menyanyikan lagu-lagu popular mereka.

Sementara itu, Azan pula memberitahu menerusi konsert itu mereka akan menyampaikan lebih 10 lagu popular mereka yang mempunyai pelbagai nostalgia dalam kalangan peminat.

“Sebelum ini kami hanya boleh menyanyikan beberapa lagu sahaja di majlis atau acara hiburan.

“Istimewa untuk konsert ini kami akan mempersembahkan lebih 10 lagu popular yang menjadi permintaan peminat termasuk gabungan dan susunan lagu yang menarik,” ujar Azan.

Ruffedge bersama pihak penganjur dari MRS Production dan KLP Creative Sdn Bhd.

Konsert anjuran MRS Production dan KLP Creative Sdn Bhd itu akan diadakan di KL Live, Kuala Lumpur bermula pukul 9 malam selama dua jam.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas dan banyak lagi.

Tiket berharga dari RM125 hingga RM233 dijual bermula pada 4 Mei ini di www.ticketpro.com.my.

Ruffedge

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain