“Aku tak pernah main-mainkan nama Allah” - Aweera

Aweera membuat laporan polis selepas ada pihak tak bertanggungjawab mewujudkan akaun palsu menggunakan gambarnya untuk menghina Islam. Foto Instagram @aweera_official

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Prime Domestic, Aweera membuat laporan polis pada malam Selasa berhubung akaun palsu di Facebook menggunakan gambarnya bagi menghina agama Islam.

Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham, 27, menerusi Instagram memberitahu dia tidak pernah mempermainkan nama Allah atau agama Islam seperti mana didakwa oleh akaun palsu berkenaan.

"Allahuakhbar... Ada lagi ke orang buat akaun palsu! Jaga-jaga anda semua, ini palsu.

"Aku tak pernah nak main-mainkan nama Allah... Semoga orang yang buat akaun palsu ini mendapat hidayah Allah.

Aweera turut memuat naik paparan skrin komen biadap yang menggunakan gambarnya di Facebook.

"Alhamdulillah baru lepas buat laporan polis berkaitan akaun palsu yang menggunakan gambar saya dan di dalam akaun itu dia telah menghina agam Islam menggunakan gambar saya.

Sebelum itu, Aweera memuat naik paparan skrin akaun menggunakan nama 'Para Pencari' yang meninggalkan komen biadap mengenai agama Islam di profil menggunakan nama 'Mencari Tuhan' di Facebook.

Dalam pada itu, Aweera berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung akaun palsu berkenaan.

"Apa-apa pun saya serah pada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya," tulisnya di Instagram.

Aweera

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain