“Kalau kahwin dua seronoklah!” - Don Daniyal jawab gosip berpoligami

Don Daniyal menyangkal dakwaan dia kini mempunyai dua isteri. Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Penceramah selebriti, Don Daniyal menyangkal dakwaan kononnya dia mendirikan rumah tangga buat kali kedua baru-baru ini.

Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 34, menegaskan isterinya masih seorang iaitu Dr. Husna Zahry yang dinikahinya pada 2012.

“Jujurnya saya belum pernah mendengar gosip mengatakan saya kahwin dua dan tidak tahu langsung mengenainya.

“Dakwaan itu tidak benar! Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah... Setakat ini isteri saya hanya seorang,” katanya.

Don ditemui pada majlis tayangan program Ramadan 2018 anjuran Astro di Wow KL, pada Rabu.

Don bersama isteri dan dua anak mereka.

Dalam pada itu, Don berkata, sekiranya benar dia berpoligami dia tidak akan merahsiakan perkara itu kerana perkahwinan adalah perkara baik dan patut dihebahkan.

"Kalau benar, pasti saya tak akan sorok kerana perkahwinan merupakan perkara yang baik.

“Bagaimanapun cerita saya kahwin dua ini memang tidak benar, jadi memang tidak betul, “ ujarnya.

Sementara itu, Don berkata, isterinya mungkin akan berasa marah dengan gosip bertebaran mengenai dirinya namun yakin wanita itu faham dan lebih mengetahui kebenaran tentang dakwaan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Don bakal muncul dengan program Al Kauthar Sentuhan Qolbu bersempena Ramadan bermula 14 Mei ini di Astro Oasis dan Maya HD.

Ia disiarkan setiap Isnin hingga Ahad pukul 7 petang.

Don Daniyal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain