Shiha letak 2 syarat kepada pengurus untuk jadi kekasih

Shiha mendedahkan dia menerima pengurusnya sebagai kekasih kerana lelaki dikenali sebagai Arul itu bersetuju dengan dua syarat diletakkan. Foto Instagram @aruleshi & @shihazikir

PENYANYI Shiha Zikir mendedahkan hatinya terbuka untuk menerima pengurus sebagai kekasihnya selepas lelaki dikenali sebagai Arul itu bersetuju dengan dua syarat diberikan.

Shiha berkata, dia terbuka hati untuk menerima Arul selepas pemuda itu bersetuju ibunya perlu mengikut mereka ke mana-mana sahaja selain Shiha mahu menjaga ibu jika mereka berkahwin suatu hari nanti.

Selain itu kata Shiha, dia selesa menjalinkan hubungan dengan Arul yang dikenalinya sejak 2009 dan menyifatkan lelaki itu sebagai bertangggunjawab, berfikiran terbuka selain menghormati orang tua.

Ucapan hari lahir buat Arul daripada Shiha menyentuh perasaan pengikutnya di Instagram.

"Shiha kenal dia hujung tahun 2009... Lamakan? Ramai cakap 'lamanya kau bertahan dengan dia beb...' Tau tak kenapa boleh bertahan? Sebab dia bertanggungjawab, hormat orang tua, berfikiran terbuka dan sangat memamahi kerja Shiha.

"Yang paling seronok sekali syarat Shiha waktu mula-mula kita orang berkenalan tu, Shiha cakap 'kalau ikhlas nak kawan dengan saya, awak kena terima kalau ke mana-mana saya bawa mak.

"Dan kena terima mak saya sebab kalau saya kahwin nanti pun saya tetap akan jaga mak sebab arwah abah dah meninggal' dan dia cakap 'Saya OK dengan syarat tu...' Syukur lepas dengar jawapan tu," tulis di Isntagram.

Shiha bersama ibu tersayang.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 31, memuat naik status itu sebagai ucapan bersempena sambutan hari lahir Arul selain memuji lelaki itu sebagai pendorongnya dalam karier seni.

Dalam pada itu, Shiha berkata dia sering mendapat pertanyaan daripada 'makcik bawang' berikutan dia memilih pengurusnya sebagai pasangan.

Bagaimanapun katanya, telahan itu salah kerana Arul dikenalinya sebelum dirinya bergelar penyanyi dan lelaki itulah yang banyak berkorban untuknya sepanjang tempoh berkenaan.

Hadiah berjenama dari Shiha buat Arul.

"Ramai orang ingat Shiha rapat dengan dia selepas Shiha masuk industri sampai ada juga makcik-makcik bawang cakap 'eh kenapa dia bercinta dengan pengurus dia'?

"Tapi anda silap, Shiha kenal dia sebelum Shiha masuk dalam industri lagi dan dia dan maklah orang yang tunggu Shiha dekat pintu pagar TV3 dari pagi ke tengah malam waktu Shiha uji bakat Mentor 2011 dulu di mana waktu itulah permulaan Shiha serius dalam industri.

"Banyak masa dan tenaga yang dah dia korban demi nak tengok Shiha capai apa yang Shiha nak," jelasnya.

Shiha dan Arul mula berkawan sejak 2009.

Bercakap mengenai perancangan perkahwinan, Shiha meminta pengikutnya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

"Doa yang baik-baik. Bab jodoh tu jangan tanya banyak kali sebab kalau ada jodoh takkan kemana kan?," tulisnya lagi.

Shiha Zikir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain