#RaraWarrior benar-benar uji mental, fizikal Shiera - Hiburan | mStar

#RaraWarrior benar-benar uji mental, fizikal Shiera

Shiera bersama As'ad Motawh menyahut cabaran memasak.

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria iaitu Sharifah Shahirah atau Shiera tampil dalam program #RaraWarrior bagi menguji kekuatan mental dan fizikalnya.

Program berkenaan menyaksikan gelagat Shiera yang diberi peranan menyelesaikan cabaran seperti melakukan, ‘kickboxing’, memasak dan bermain ais hoki bersama pasukan Malaysia..

Idea #RaraWarrior ini tercetus apabila ketiga-tiga penyampai Suria iaitu Shiera, Zulin Aziz dan Fizi Ali sedang berbual mengenai Sukan Komanwel dan Shiera bersedia untuk dicabar melakukan apa-apa jenis aktiviti bagi menunjukkan kekuatannya sebagai seorang wanita.

Video program ini boleh ditonton di platform digital Suria seperti Facecbook, YouTube Suria TV dan menerusi portal www.suria.my.

Cabaran 'kickboxing'.

Apa yang menarik, beberapa artis tempatan turut telibat memenuhi cabaran dibuat Shiera itu.

“Pelbagai cabaran diberikan kepada saya termasuklah yang menguji tahap IQ, stamina dan kekuatan saya.

“Ada yang saya berjaya lakukan dengan senang tetapi ada juga cabaran yang membuatkan saya hampir putus asa.

“Namun, demi nak tunjuk kepada Fizi dan Zulin yang memandang rendah kekuatan saya, saya gagahkan juga habiskan semua cabaran,” kata Shiera.

Program sebanyak lima episod ini mula disiarkan pada 9 April lalu.

Promonya dapat ditonton pada setiap hari Isnin pada pukul 12 tengah hari.

Pada setiap Khamis pula video diari ‘Laser Ke’ besama Tyzo dan Suraya disiarkan pada pukul 5 petang.

Bagi menyaksikan keseluruhan cabaran Shiera, penonton dapat menontonnya pada setiap Jumaat pukul 10 pagi.

Dalam pada itu Pengurus Program Suria, DJ Lin berkata, ia merupakan projek pertama pihaknya yang bersesuian dengan tuntutan dunia digital ketika ini.

“Idea #rarawarrior ini sangat bersesuaian dengan arus digital sekarang dan keutamaan kami ialah mahu memberi fokuys bagi mengembangkan kebolehan barisan penyampai Suria FM,” katanya.

Suria FM , Shiera , Sharifah Shahirah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain